22/07/2011

Allahyarham Baharuddin Diberi Penghormatan Seperti Teoh Beng Hock?



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t



Piket 619 Rey Mysterio ehh 709 New Generation 

Ini adalah laporan susulan daripada Double-Y berkaitan piket 709 yang diadakan pada 16 Julai 2011 yang lalu dimana sekumpulan pelajar-pelajar kolej (melayu dan cina) dan juga anak saudara Allahyarham Baharuddin Ahmad iaitu  Aja Kah Sim Azhar Kassim (eh nama melayu?) berarak dari KLCC ke Avenue K..sila lihat laporan tersebut di SINI.


Hari ini Keris akan dedahkan tujuan mereka yang kononnya ingin mendapatkan perhatian orang ramai akan keadilan terhadap arwah. Malangnya peserta kumpulan 619 Rey Mysterio 709 Generation itu membuat penghormatan buat arwah dengan upacara/majlis yang selalu diguna pakai oleh agama Buddha dan Kristian. Disini saya ingin menegaskan bahawa amalan ini adalah syirik dan mereka ini yang juga terdapat melayu dikalangan peserta harus mengambil kira sensitiviti agama kerana  amalan membuat memorial/penghormatan ini sudah di fatwa kan sebagai syirik akbar (syirik besar). Ini telah mencabuli hak Allahyarham Baharuddin Ahmad sebagai umat islam. Keris tidak faham mengapa perkara-perkara berkaitan dengan sensitiviti agama ini tidak disentuh oleh pihak PAS. Di sini ada gambar dimana mereka meletakkan bunga kekwa (simbolik bersih) kepada sepanduk yang tertera Generation 709 bagi menjadi  memorial penghormatan buat Allahyarham Baharuddin.

Sepanduk tertera Generasi Bersih 709 sebagai penghormatan kepada Allahyarham Baharudin..tidak syirik kah?
Ini juga sama seperti yang dilakukan oleh Nuar and The Gang ketika menghadiri penghormatan di majlis memorial Teoh Beng Hock.Ini adalah gambar yang telah diambil pada setahun yang lepas.


Nuar jobo ketika memberi penghomatan mengikut cara Buddha..apakah status agama beliau?



Di sini Keris meletakkan dua fatwa untuk menjadi contoh dan menyokong kenyataan Keris bahawa tindakan mereka adalah syirik (bagi melayu yang tidak menegur dan menyertai) dan nyata mereka bagi kumpulan kecil 709 Generation tidak menghormati sensitiviti agama Islam di Malaysia dan apa yang dilakukan pemimpim PR pada memorial Teoh Beng Hock.



Fatwa Pertama
Fatwa Negeri Pahang 
Kategori : Akidah 
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan 

Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain 

Fatwa : 

ENAKMEN PENTADBIRAN 
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
Rujukan Pewartaan : 36 


Fatwa Kedua
Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir
Keputusan: 
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 buat kali ke 162 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.

Ini jelas menunjukkan mereka tidak menghormati agama rasmi Malaysia seperti yang telah termaktub didalam perlembagan di bawah Artikel/Perkara 11.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: kalau ini lah kebebasan agama yang dicari Nuar Jobo..maka akan hancurlah akidah umat Islam akan datang..Ya Allah jauhkan kami dari kesesatan..




4 ulasan:

  1. Kenapa gambar sekeping sampai lari ke tepi? :)

    ReplyDelete
  2. mmg saje buat camtu..nampak seni sket..:)

    ReplyDelete
  3. sian depa ni.. tula masa kecik2, mak suh pi skolah agama, depa pi mandi sungai.. bila dah besaq, bodoh ja memanjang..

    ReplyDelete
  4. mana pegi pemimpin Islam dalam PR?..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk