26/07/2011

Rakan-Rakan Teoh Beng Hock Marahkan Exco DAP!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t









Sekumpulan 50 lelaki yang mendakwa rakan dan penyokong mendiang Teoh Beng Hock hari ini mendesak Anggota Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, supaya meletakkan jawatan kerana didakwa bertanggungjawab terhadap kematian bekas pembantu politiknya itu.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi sambil membawa poster di Dewan Serbaguna Seri Kembangan di sini pada 11.45 pagi semalam tetapi diarah bersurai oleh polis yang tiba tidak lama kemudian.

Seorang daripada mereka, Allan Liew Sin Kim, memberitahu pemberita bahawa Ean Yong telah berlaku kejam terhadap Teoh dan tidak memberikan pembelaan yang adil kepada bekas pembantunya itu.

“Perhimpunan ini bertujuan menuntut keadilan bagi keluarga Teoh yang telah kehilangan seorang anak yang baik serta pekerja yang sentiasa menurut perintah,” katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, Selangor, pada 16 Julai, 2009, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh dalam laporannya yang dikeluarkan Khamis lepas menyatakan bahawa Teoh membunuh diri akibat tertekan semasa sesi soal siasat.

-UmnoOnline



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: kalau orang dah tak suka tu paham-paham je la..jangan jadi bebal macam Nuar ye..kerja asek memburukkan negara!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk