21/07/2011

Anjing Jadi Ahli Parlimen Kawasan Melayu?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial, Facebook bahawa parti itu akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang?’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran, Qian Wei Tian, walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.

Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat, terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.

Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.

Dalam perkembangan lain, baru-baru ini, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina. Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.

Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan, beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina?

Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.

Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu, kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang. Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing, buat apa lagi perlukan akhbar Cina?

Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama, Chang Mu Chin.

Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

Sebenarnya, sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.

Untuk menawan jiwa rakyat, kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi. Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.
Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

Akhbar Nanyang Siang Pau pada 18 Julai mengatakan ANJING pun akan dipilih oleh rakyat sekiranya diletakkan sebagai calon dalam PRU-13 yang akan datang.
untuk laporan selajutnya sila klik SINI..












Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: eh DAP..u baca sejarah 1969 ok?..dan jangan makan semut takut terlupa lagi..kah kah kah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk