02/01/2018

Ketika Tragedi Memali Mahathir Ada Di Kuala Lumpur!



Tun Musa berkata semasa kejadian Tun Mahathir masih berada di Kuala Lumpur, belumpun terbang ke China

SALAH seorang anak mangsa Memali 1985 meluahkan perasaan di laman Facebooknya selepas peristiwa itu dibangkitkan semula di dalam program 'Nothing To Hide' Ahad baru-baru ini.
Menulis di Facebooknya dengan nama Mohamad Zuhdi, beliau melahirkan rasa sedih selepas 32 tahun peristiwa itu berlalu namum bekas Perdana Menteri Tun Mahathir tidak pernah mengaku salah apatah lagi memohon maaf kepada keluarga mangsa.

Malahan beliau turut menyebut tiga nama pimpinan PAN yang dahulunya bersama-sama mempertahankan kebenaran pejuang-pejuang Memali akhirnya boleh duduk bersama dengan Tun Mahathir.

"Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memohon maaf, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub boleh sahkan! Malang, kini ketiga-tiga nama yang saya sebutkan boleh bersama-sama Tun M, sungguh tiada maruah dan menjilat ludah sendiri! Kami anak-anak mangsa tidak pernah lupa peristiwa hitam ini, peristiwa ini akan terus menghantui Tun M.

"Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berdoa supaya Tun M dipanjangkan umur agar beliau melihat sendiri hasil jenayah dan penyelewengan sepanjang pemerintahannya selama ini. Ya!sekarang Tun M sedang 'menikmatinya'," bidasnya.

Ayahnya Mat Piah Yunus, telah ditembak dengan peluru M16 bertubi-tubi sehingga 14 biji peluru hinggap di badannya menyebabkan jarinya putus, tangannya patah, dadanya tembus ke belakang kemudian dipijak namun nyawanya yang masih panjang.

Kata beliau, Ayahnya hanya tersenyum menunggu syahid yang diidam-idamkan tetapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan beliau tidak mati sebaliknya diseret kemudian dihumban di dalam trak polis.

KEKEJAMAN MAHA ZALIM

"Di hospital, doktor keluarkan dan sahkan 14 biji peluru dalam badannya, dalam keadaan luka yang parah, ayah diikat dengan rantai besi bagaikan penjenayah paling besar dan berbahaya, sehingga pernah mak bawa saya ke hospital untuk ziarah ayah. Saya waktu itu baru berumur setahun, menjerit ketakutan melihat keadaan Ayah. Kenapa sampai begitu? Sekali-kali saya tidak akan katakan ianya 'isu kecil'.

"Selepas beberapa bulan, Ayah dimasukan dalam tahanan ISA, dua tahun akan ditahan. Dalam keadaan mak yang tidak sihat dan saya masih kecil, Ayah diperlakukan tanpa perikemanusiaan," ujarnya.

Peristiwa Memali pada 19 November 1985 telah mencetuskan pertumpahan darah apabila seramai 14 orang terbunuh dengan kejam dan peristiwa sedih itu juga menyaksikan 14 orang isteri menjadi balu, anak-anak menjadi yatim, dan keluarga kehilangan ayah.

Tragedi Memali berlaku membabitkan 3600 tindakan polis cuba menahan seorang guru agama, Ibrahim Mahmud - atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya - di kawasan rumahnya di Baling. Pihak polis ketika itu ingin menahan Ibrahim atas dakwaan mengancam keselamatan negara. – HARAKAHDAILY 15/8/2017

K7L : Memali.. dosa Mahathir untuk kuasa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk