26/01/2018

ADAM50 - Cara Permohonan Dan Kelayakan - #KekalNajib



Bagi anda yang mengikuti pembentangan Bajet 2018 tempoh hari, tentu anda tahu tentang peruntukan dana RM200 oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Ia diberikan khas kepada semua bayi warganegara Malaysia yang dilahirkan antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022. Jadi, jom semak syarat-syarat kelayakan dan cara memohon insentif yang menguntungkan ini.

1. APAKAH ADAM50?

Amanah Dana Anak Malaysia 2050 atau singkatannya, ADAM50 adalah sebuah dana tabungan permulaan yang dikhaskan bagi semua anak Malaysia seperti diumumkan dalam Bajet 2018 yang lalu.

Objektifnya adalah untuk menggalakkan budaya simpanan dan pelaburan rakyat Malaysia daripada seawal usia dengan pemberian unit insentif percuma sebagai modal pelaburan permulaan.

Maksudnya, tabungan ini bukan berbentuk wang tunai, tetapi merupakan unit amanah ASB (bagi Bumiputera) atau AS1M (bagi bukan Bumiputera).


2. SYARAT KELAYAKAN

• Berstatus warganegara Malaysia
• Salah seorang ibu atau bapa mestilah warganegara Malaysia
• Ibu bapa / penjaga berumur 18 tahun ke atas
• Peserta / penjaga berdaftar tidak diiystihar muflis sepanjang tempoh pelaburan
• Bayi lahir pada atau selepas 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022
• Didaftarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh kelahiran bayi
• Pendaftaran yang dilakukan oleh individu selain penjaga memerlukan dokumen sokongan seperti surat pertalian darah atau perintah mahkamah.



3. CARA MENDAFTAR ADAM50

Berikut adalah langkah mudah mendaftarkan bayi anda yang layak mendapat insentif ADAM50

i) Dokumen yang diperlukan :

• Kad pengenalan ibu bapa dan
• Sijil kelahiran / My Kid anak
• Dokumen sokongan (jika didaftarkan oleh penjaga)

ii) Datang ke mana-mana cawangan ASNB atau ejen rasmi ASNB :

• Maybank & Maybank Islamic
• CIMB & CIMB Islamic
• RHB & RHB Islamic
• Affin Bank
• Ambank & Ambank Islamic
• Pos Malaysia



4. CARA MENAMBAH PELABURAN

Seperti anda yang mempunyai akaun pelaburan ASB, ia boleh ditambah dari semasa ke semasa. Ia boleh dilakukan secara online mahupun secara manual dengan berurusan di kaunter ASNB atau ejen rasminya.

Selain itu, anda juga boleh membuat potongan gaji bagi memastikan tabungan anak anda lebih terjamin. Had maksimum akaun ADAM50 adalah 50,000 unit.


5. BOLEHKAH TABUNGAN INI DIKELUARKAN / DITUKARKAN KEPADA BENTUK TUNAI?

RM200 unit insentif dan semua serta sebarang pengagihan tambahan yang diperolehi dari unit ini hanya boleh dikeluarkan selepas usia anak mencapai 18 tahun.

Tetapi, sebarang pelaburan yang ditambah sendiri oleh ibu bapa atau penjaga ke dalam ADAM50 boleh dikeluarkan pada bila-bila masa oleh penjaga berdaftar akaun tersebut.

Selepas usia 18 tahun, status akaun akan berubah menjadi Akaun Dewasa dan segala unit insentif beserta pengagihan pendapatan boleh dikeluarkan seperti biasa.


JANGAN LEPASKAN PELUANG

Sudah tentu ini merupakan berita baik bagi bakal ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata pada tahun 2018 dah seterusnya.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memohon insentif istimewa ini. Tak rugi apa-apa pun, untung lagi adalah!

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari ASNB ADAM50

K7L : Jangan tak mohon bagi yang layak..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk