31/01/2018

Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?



1. TIDAK BENAR. Tanah Pengkalan Udara Sungai Besi untuk pembangunan Bandar Malaysia TIDAK PERNAH DIJUAL. Di peringkat awal pelaksanaan program Rasionalisasi 1MDB, bukan TANAH yang DIJUAL, tetapi SAHAM pembangunan Bandar Malaysia.

2. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada PENGKALAN UDARA SG BESI? PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT. 1MDB hanya boleh membangunkan BANDAR MALAYSIA selepas tapak penhkalan udara ini dan 7 tapak kemudahan lain (6 milik ATM dan 2 milik PDRM) dibangunkan. Untuk mengalih dan membina semula 8 tapak kemudahan ATM dan PDRM ini, serta memulakan kerja-kerja tanah, 1MDB perlu membelanjakan sehingga RM2.7 bilion.

3. Adakah Pengkalan TUDM Sg Besi ini masih suatu tapak yang STRATEGIK? TIDAK. Ia sudah tidak lagi strategik. JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

4. Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

5. Adakah dakwaan syarikat China menguasai pembangunan Bandar Malaysia ini benar? TIDAK BENAR. Dalam rancangan awal Pelan Rasionalisasi 1MDB, syarikat China hanya diberi peluang memperolehi 24% saham dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui Konsortium bersama syarikat tempatan. Konsortium ini dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) (milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

6. Melalui penjualan saham ini, 76% daripada Bandar Malaysia dimiliki entiti Malaysia, iaitu 40% dimiliki oleh 1MDB, 22% dimiliki oleh syarikat swasta kepunyaan rakyat tempatan, iaitu Credence Resources dan 14% lagi dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Jumlah keseluruhan saham yang dimiliki oleh kerajaan dan syarikat Malaysia ini adalah 76% sedangkan saham yang dimiliki oleh syarikat China, Chinese Railway Engineering Corporation (CREC) HANYA 24%.

7. Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion dan mampu mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang.

8. Bagaimanapun penjualan 60% saham pembangunan Bandar Malaysia kepada Konsortium ini telah dibatalkan pada bulan Mei 2017. Keputusan ini menyebabkan TANAH DAN SAHAM PEMBANGUNAN BANDAR MALAYSIA DIMILIKI SEPENUHNYA (100%) OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA melalui anak syarikatnya, TRX City Sdn Bhd. Jadi ia adalah milik KERAJAAN MALAYSIA sepenuhnya.

9. Nilai Bandar Malaysia ketika perjanjian penjualan saham ini dibuat hanya RM12.35 bilion. Bagaimanapun nilaian terkini Bandar Malaysia adalah jauh lebih tinggi, iaitu meningkat kepada RM20 ke RM30 bilion dan dilihat akan lebih menguntungkan kerajaan.

K7L : Kena terima fakta..bukan telan auta..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk