02/01/2018

Perdana Menteri Sementara - PH Makin Celaru!



PERDANA MENTERI SEMENTARA

Mohd Puad Zarkashi
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1. Pembangkang akhirnya ada sedikit persefahaman iaitu bersetuju melantik seorang ”Perdana Menteri Sementara”.

2. Apa maksud “sementara”? Maksudnya, sementara menunggu menang PRU ke-14, bolehlah umum dulu Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara. Selepas menang belakang cerita.

3. Perdana Menteri Sementara juga memberi gambaran, pembangkang masih gagal mencari kesepakatan siapakah Perdana Menteri yang paling layak untuk melaksanakan perubahan dan memacu Malaysia ke arah kemajuan.

4. Dengan kata lain Pembangkang juga gagal menawarkan kepada rakyat Perdana Menteri terbaik sehingga terpaksa recycle bekas Perdana Menteri 22 tahun untuk menjadi Perdana Menteri sementara.

5. Perdana Menteri Sementara membuktikan bahawa masing-masing ada calon menunggu untuk menjadi Perdana Menteri. Tetapi calon menunggu itu semua ada masalah. Ia adalah pekung di dada setiap parti dalam Pakatan Pembangkang.

6. Perdana Menteri Sementara dipersetujui kerana PKR mahu Anwar yang menjadi Perdana Menteri apabila bebas nanti. DAP juga bersetuju kerana mereka mahu Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri. Manakala Tun M bersetuju kerana dia mahu Mukhriz jadi Perdana Menteri. Muhyiddin juga bersetuju kerana seperti biasa dia juga akan memainkan muslihatnya di saat akhir untuk menjadi Perdana Menteri.

7. Dengan kata lain Perdana Menteri Sementara membawa makna akan berlaku konflik tikam menikam sesama mereka selepas mendapat kuasa nanti. Rakyat juga yang tertipu.

K7L : Ini semua karut ciptaan Mahathir..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk