Baru-baru ini Keris pergi ke sebuah hospital di tengah-tengah ibukota. Kebetulan melawat anak saudara yang sakit. Memandangkan Keris peramah terlebih maka sempat berborak dengan jururawat yang ada di kaunter.
Bertanya macam-macam hal sampailah terkeluar cerita pasal pemakaian baru yang agak menyusahkan dan membuatkan Keris rasa pelik. Khabarnya jururawat akan diminta untuk memakai 'cap' sama macam jururawat zaman dolu dolu.
Bayangkan mereka yang sudah bertudung disuruh pula pakai cap. Kan dah rupa kartun? Ataupun sebenarnya ada pihak mahu jururawat tidak memakai tudung? Serius kelakar rupa orang pakai tudung lepas tu letak cap. Dah macam apa je rupa.
Kedua dengarnya juga jururawat akan pakai baju warna putih dan seluar warna ungu. What? Biar betul weyh. Serius rupa macam kartun para jururawat kerajaan kat Malaysia ni. Keris harap semua ini hanya cadangan dan tidak dilaksanakan.
Dah elok pakai tudung ada line biru, purple, dan baju uniform putih. Kenapa nak tukar? Nak membazir kenapa? Dah tak ada jalan lain lagi ke nak sakau?
K7L : Menteri kena peka..jangan main bedal aje..
Bagus cadangan tu. Kononnya nk bg semua pesakit ketawa terbahak2 sbb misi nampak kelakar. Ketawa adalah ubat terbaik. Hahaha...nampak gonjeng sungguh cadangan tu ye...
ReplyDeleteDah tak ada jalan lain lagi ke nak sakau? ......... klasik betul ayat nih......hahahaha.. aku pon agak camtu gak
ReplyDelete