19/07/2013

PAS Kedah Mula Gelabah Bila Fatwa Anti-Syiah Akan Dikuatkuasakan! #SyiahSesat


Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini. 

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

"Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

"Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Menurutnya, pendekatan itu wajar dilaksanakan selagi ia masih boleh dikawal.

"Walaupun begitu, sudah timbul masalah apabila berlaku kematian, kadang-kadang jenazah itu diambil pihak tertentu untuk diuruskan mengikut cara Syiah.

"Ia bertentangan dengan amalan kebiasaan kita sebagai Ahli Sunnah. Jadi, ini antara perkara yang sedang berlaku dan akan kita cuba elakkan daripada merebak," katanya.

Mukhriz menambah, keputusan mengenai hanya akan dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan bersama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Mohamad Baderudin Ahmad dalam masa terdekat.

"Sekarang ini kita tidak boleh menguatkuasakan fatwa itu kerana ia belum diwartakan di peringkat negeri.

"Pada peringkat awal, mungkin kita mahu perbetulkan akidah mereka terlebih dahulu sebelum kita ambil tindakan lebih serius," katanya.

Terdahulu, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akhidah, syariah dan akhlak.

3 ulasan:

  1. Puak PAS ramai Syiah....Siap ngaku dalam Facebook lg....Siap??? Pandai-pandai cari la....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.
    Sy ingin share satu berita mengenai syiah di kedah. Beberapa hari yg lalu telah berlakunya perjumpaan peguam2 syariah di kedah. Salah satu yg dikongsi ialah, puak syiah berkembang melalui sekolah taska kanak berbentuk islamik.ramai ibubapa yg menghantar anak mereka di situ.tapi tak sedar yg silibus diajar merupakan silibus syiah.kerana founder taska berkenaan merupakan org syiah.

    Taska ini terletak di mergong, sg petani. Malah ada di seluruh negeri. Sebuah taska yg amat terkenal.

    Mohon pihak kerajaan siasat perkara ini.

    Kepada ibubapa siasatlah latar belakang taska dan silibus pengajaran.uji anak berkaitan cara solat, amik wuduk, selawat dan lain2. Jgn kita hepi bila anak pandai baca doa..tetapi doa berkenaan merupakan doa yg dilaknat Allah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  3. mat sabu tu kasi sumbat dlm jel, penganut syiah tu..!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk