17/07/2013

[Video] PAS Kantoi Pasal Pangsapuri Lay Out #N01KualaBesut - Rakyat #TokSaboh Jadi Saksi!




Alamak! Masa nak sahur tadi di Kuala Besut terus dapat berita yang mengejutkan. Mau taknya bila dapat tahu yang orang PAS dah buat hal.Cuba dedahkan pekung sendiri untuk sabotaj calon #N01KualaBesut kot?

Isu yang cuba dibangkitkan oleh puak PAS di sini semakin hangat adalah isu perobohan empat buah rumah kediaman pada tahun Oktober 2012 yang telah didendangkan semula kerana tiada isu lagi.

Isu lapuk yang sudah berusia setahun lebih itu cuba dijadikan sebagai 'main dish' mereka untuk memastikan PAS menang biarpun calon akan bayar orang lain untuk buat kerja wakil rakyat.


Tapi malangnya Isu yang mereka nak bawa ini ceritanya tak cukup mukasurat. Dia cuma cerita yang hujung. Plot awal cerita mereka 'kambus' sebab taknak PAS kantoi isu tu buatan sendiri. Mari kita lihat kronologi kes sebenar dalam isu perobohan rumah di Kg Lay Out Tok Saboh :

[Klik imej untuk besarkan]

Ini bermakna isu roboh ni, berpunca daripada sifat 'penyamun' PAS sewaktu mereka memerintah Terengganu. Mereka yang sukahati bagi pada kroni sendiri tanpa prosedur yang betul. Nama pun menyamun takkan buat elok-elok ye tak?


Tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan.

Acu tengok video ini:



Haaa! Konon cerita pasal 4 buah rumah semuanya sebab nak simpati rakyat. Konon zalim kerajaan BN ni. padahal bagi rumah yang dirobohkan telah diganti dengan rumah yang jauh lebih baik. 


Orang dah bagi rumah free, tapi sebab dah terhasut dengan puak PAS yang rakus, ada juga yang tak mahu ambil last last dia yang rugi. Nak lagi faham cuba klik [Double-Y], [MatKilauPenang] dan [Braderjai] punya artikel.

K7L : Kenapa orang PAS suka 'samun' lepas tu tak ngaku ya?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk