19/03/2013

Kiram Raja Pengganas Isytihar Perang Gerila Dengan Malaysia? #LahadDatu



Kurang Ajar! dah la ceroboh masuk negara orang tanpa izin, bunuh rakyat Malaysia nak lancarkan serangan gelira pula. Ini sudah melampau! Keris rasa semua yang diucapkan itupun seperti disusun oleh tangan-tangan ghaib.

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.
Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.

Apapun Keris merasakan seluruh rakyat Malaysia kecuali mereka yang merancang serangan pengganas ini akan mendoakan kesejahteraan negara. Sabah yang dijadikan umpan janji berdarah akan selamat kelak. InsyaAllah.


K7L : Gerila?..tak tahu malu betul!..

1 ulasan:

  1. setakat tinggal 50 orang gorila lebih baik join kawan kau orang utan kat sepilok...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk