17/03/2013

Anak Felda Terima Anugerah, Mazlan Aliman Mengamuk?


Selama ini ramai yang melihat bahawa anak-anak Felda seperti sudah terlalu stigma dengan masalah sosial. Orang kata kalau yang teruk je mesti datang daripada Felda. Apa sahaja yang buruk.

Kalau di universiti-universiti dan tempat belajar, kalau kata daripada Felda orang akan mula pandang enteng kepada mereka. Antara masalah yang selalu dikaitkan dengan anak-anak Felda adalah kes dadah, lumba haram dan maksiat.

Seakan menjadi satu perkara yang biasa untuk kita dengar masyarakat melihat permasalahan ini daripada kalangan anak-anak peneroka. Namun begitu, kita tidak nafikan masalah-masalah sebegini memang pernah berlaku.

Kini anak-anak Peneroka tidak lagi terdedah dengan perkara-perkara negatif sebegitu. Sudah kurang telinga ini mendengar cemuhan terhadap mereka. Kerana anak-anak peneroka telah berjaya dalam banyak bidang.

Tuduhan-tuduhan yang wujud kini hanyalah tuduhan dangkal walhal anak-anak peneroka telah berjaya bukan sahaja di peringakt nasional, ada yang telah menembusi kejayaan peringkat global dengan membawa nama Malaysia.

Jika dahulu orang kata di Felda seperti kawasan 'pekan koboi', kini pihak Felda telah menyediakan segala prasana supaya anak-anak Felda tidak tertinggal daripada kemajuan mengikut arus zaman.

Ya! Kini jika dahulu mereka kata anak-anak peneroka entah apa-apa, ternyata semuanya silap belaka. Kini ramai yang telah berjaya. Jika nak senaraikan memang banyak. Anatra yang boleh disebut adalah kejayaan anak-anak Felda mendaki Gunung Everest.

Kita kena lihat perubahan yang berlaku secara berperingakat di Felda. Sudah tidak masa lagi untuk melihat anak-anak peneroka dengan standard yang rendah. Kini mereka semua juga merupakan pesaing didalam arena pendidikan dan kejayaan rakyat Malaysia.

Tahniah kepada Perdana Menteri yang membantu Felda dan anak-anak peneroka dalam membina mereka menajdi rakyat Malaysia yang mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.


Berikut adalah anak-anak peneroka Felda yang menerima penganugerahan daripada Yayasan Felda diatas kejayaan mereka didalam bidang pendidikan. Tahniah!

K7L : Tetapi perkara-perkara sebegini tidak dicakap oleh Mazlan..kenapa?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk