13/03/2013

FELDA Bukan Satu Syarikat Yang Berteraskan 100% Keuntungan?



Seperti mana yang kita tahu, FELDA adalah lebih tertumpu kepada program membantu rakyat, iaitu ada unsur-unsur kebajikan, tetapi ladang-ladang swasta adalah kepunyaan syarikat-syarikat berteraskan 100% keuntungan. Dan syarikat-syarikat swasta dapat menjimatkan kos yang lebih tinggi berbanding FELDA.


Inilah antara sebab mengapa margin FELDA lebih rendah jika dibandingkan dengan syarikat swasta. Walau bagaimanapun, perbezaan antara kedua-duanya adalah tidak ketara dan FELDA masih lagi berdiri utuh.

Ini menunjukkan bahawa FELDA adalah relevan kerana mampu menguruskan kebajikan rakyat serta membuat keuntungan dalam masa yang sama.

Salah satu contoh terbaik adalah PNB, iaitu sebuah syarikat pelaburan yang berjaya di Malaysia. PNB mempunyai dana yang besar selain memiliki infrastuktur yang besar. FELDA dikatakan kurang menonjol dalam industri perladangan, tapi ‘landbank’ yang dimiliki FELDA cukup besar. 

Jika PNB dengan FELDA turut sama bersaing, apakah kesan yang akan dirasai oleh syarikat-syarikat pelaburan sedia ada? Kemungkinan besar monopoli akan dipecahkan, dan pengaruh pada syer pasaran akan berkurang akibat kemasukan FELDA dan PNB. 


Justeru, PNB dan FELDA mempunyai kapabiliti untuk menjadi ancaman kepada syarikat-syarikat pelaburan hartanah yang sedia ada. Adakah ini punca PKR mempergunakan orang PAS untuk bersusah-payah dalam cubaan menjatuhkan FELDA dan PNB?

Sebab itu Keris cakap yang sebenarnya semua cerita-cerita negatif terhadap Felda hanyalah skrip buatan individu yang tidak mahu melihat Felda pergi jauh kerana Felda dibangunkan dan dibantu oleh Kerajaan Barisan Nasional.


K7L : Dah nampak kenapa?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk