23/03/2013

Felda Juga Buat Ceramah Agama Buatkan PAS Marah?




Gambar ini diambil oleh salah seorang AJK Musolla Balai Felda ambil ketika Ceramah Agama Bulan Mac 2013 yang telah diadakan pada 20 Mac 2013 bertempat di Dewan Merak Kayangan. Penceramah adalah Yg Bhg Ustaz Azlan B Abdul Jalil, Pengarah Urusan IP Minda

Haaa! Keris masih ingat lagi cerita yang katanya pihak Felda tidak pentingkan pun pasal agama baik kepada kakitangan Felda. Siapa ada tuduhan kata pekerja Felda bersubahat dengan Felda menganiaya para peneroka.

Siap kata mereka ini tak sembahyang pun ada beb! Keris hari ini nak tunjuk yang ceramah agama setiap bulan sebenarnya dijalankan oleh pihak Felda kepada kakitangan mereka. Bukan politik tetapi ceramah kesedaran tentang Islah dan Islam!

Jangan nak kata semua ini penipuan okay! Keris tak tulis tanpa bukti yang sahih! Pembaca boleh tengok dan lihat sendiri di laman web Musolla Balai Felda. Jadi cerita-cerita yang kata pihak Felda tak ambil berat perihal akidah kakitangan mereka adaah tidak benar sama sekali.

Bukti dah cukup! Sebab itu kita kalau nak burukkan orang tengok dulu betul-betul. Ini kantoi sia-sia je. Akibat dah biasa tabur fitnah macam inilah jadinya. Felda dijadikan bahan untuk dierang pula oleh beberapa pihak yang tidak selesa selepas tidak dapat hasut para peneroka.

Sekarang nak cakap apa lagi? Kepada pembaca pula Keris nak pesan sikit. Jangan sesekali percaya dengan cerita orang yang dah ditugaskan untuk membohong. Kalau perasan orang yang selalu berceramah politik bagi pihak pembangkang mesti orang yang sama.

Sebab mudah orang terperdaya dengan kata-kata yang menggunakan skrip yang sama dengan teknik pegulangan. Jadi hati-hati dalam mendengar segala berita-berita berkaitan Felda.

K7L : Apa salah Felda sampai diserang?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk