Abdul Khalid yang kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas hadir di istana berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi ini sebelum Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat tiba kira-kira 15 minit selepas itu.
Dewan Diraja Selangor yang dianggotai seramai 19 ahli difahamkan akan membincangkan mengenai kedudukan Abdul Khalid selain perkara lain melibatkan pentadbiran negeri termasuklah kemungkinan rombakan atau penguguran barisan Exco kerajaan negeri serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. - Utusan
0 ulasan:
Post a Comment