29/08/2014

#PeremajaanUMNO #TransformasiPemuda Satu Pelaksanaan Atau Hanya Laungan? @Armand_PJU






Assalamualaikum dan salam Aman1Malaysia,

Tertarik minat saya untuk memberikan pandangan peribadi saya selaku pemimpin muda dalam UMNO mengenai Peremajaan UMNO.


Sudah sampainya masa UMNO laksanakan Peremajaan UMNO. Bukan sekadar laungan bila tiba musim Perhimpunan Agung UMNO atau bila dekat menghadapi pilihanraya sahaja tapi ianya harus dan wajib diimplentasi bagi peremajaan parti untuk menghadapi PRU14 akan datang.


Jika kita nilaikan corak, landskap dan demografik politik berubah terutama cara pemikiran anak-anak muda dalam negara sepertimana kita tahu pada PRU14 akan datang akan ada lebih 4juta pengundi muda dan rata2 inginkan muka2 baru diletakkan dalam kepimpinan negara. Cara pendekatan harus lebih DINAMIK tanpa meninggalkan asas perjuangan UMNO.


UMNO harus Dinamik, untuk terus mendapat sokongan rakyat Malaysia. Cara dan corak pentadbiran juga harus terus mendapat cetusan idea2 baru yan terus segar dihati dan minda rakyat jelata.


UMNO harus buka ruang dan peluang serta diberikan kepercayaan bagi anak2 muda diletakan sebahagian daripada pembuat dasar negara mewakili pandangan anak2 muda.

Saya secara peribadi rasakan PRU14, UMNO harus berani letakkan sekurang2nya 30% calon anak muda bagi transformasi Peremajaan UMNO.

Bagi Veteran2, Otai2, Ayahanda Dan Kekanda2 Lama dlm UMNO berikan peluang pada generasi muda seperti kami sebagaimana anda semua diberikan peluang dan ruang oleh kepimpinan UMNO yang terdahulu.


Berikan kami selaku GENERASI PEWARIS PERJUANGAN Utk terus bawa obor UMNO terus kukuh dan dekat dihati rakyat khususnya orang-orang muda.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia 


#PeremajaanUMNO
#TransformasiPemuda


K7L : Hidup UMNO!

4 ulasan:

  1. Salam tuan,
    selaluny org2 yg ada dlm pemuda nie semuanya dr kalangan kontraktor, org yg berkepentingan, msk pemuda utk dpt projek.

    golongan profesional yg secara ikhlas ingin menyertai pemuda akan disihkan terutama ketika pemilihan, sebab apa? sebab mereka tidak mempunyai kem2 yg mnyokong sebab nk senang di kemudian hari dgn projek2.

    cuba tgk pemuda hri nie, brapa rmai dr kalangan profesional? cuba tgk dlm pas, golongan profesional diangkat dan dijadikan role model utk menunjukkan tahap profesionalism dan penjenamaan utk menunjukkn org luar, pemimpin muda pas berkualiti.

    inilah realiti, org yg ada tujuan utk projek, msk pemuda, kaut projek sebnyk boleh, bayar ahli2 bawahan utk sokong ketika pemilihan, last2 yg sampah jd pemimpin dlm umno. betullah kata Tun Dr. M, yg bagus2 masuk pas, yg tggl x bagus masuk umno.

    bkn salah org lain, tp org umno yg x ikhlas dan tamak.
    saya sndr sbagai jurutera, sgt kecewa dlm pemuda, hanya kontraktor dan macai2 diorg sahaja menentukan semua dlm pemuda, kami semua seolah2 x wujud.

    ReplyDelete
  2. “Pemuda Umno sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.

    Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.

    “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.

    “Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.

    Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.

    Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  3. PEMUDA UMNO LIBERAL MALAYSIA

    ReplyDelete
  4. Bukan pemuda UMNO, lebih kepada pemondan UMNO. Semua pun perut buncit2 byk mkn duit projek.

    Perjuangan? Ptuih..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk