01/08/2014

Kenyataan Mahasiswa @SHAHRULdOTMA Buatkan DAP Terdiam Dan Panas Hati? @NajibRazak



1 Ogos 2014 bermulanya kadar baru tol di Johor yang dikenakan terhadap kenderaan keluar masuk dari CIQ, BIS (Singapura). Kadar yang dinaikkan ini wajar dikenakan terhadap pengguna keluar masuk yang turut juga menggunakan kemudahan jalan raya di EDL (lebuhraya). Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan keluar masuk Singapura dan Johor, Malaysia menunjukkan perolehan tahap ekonomi yang baik. Segala penyelenggaraan dan peningkatan kos baik pulih kemudahan jalan raya di EDL juga perlu ditanggung oleh mereka yang menggunakan jalan tersebut setiap hari dari Singapura. Kerajaan Persekutuan dan Negeri Johor telah melakukan langkah yang bijak dalam menaikkan kadar tol tersebut supaya berlakunya satu keadaan win win situation.

Beberapa perkara perlu diteliti dengan baik dan difahami dengan hati yang terbuka seperti :

1 – Lebuhraya EDL merupakan lebuhraya yang tidak bertol. Segala kerosakan dan penambahbaikan jalan selepas ini dapat menggunakan kadar tol baru ini sebagai salah satu sumber penjanaan baik pulih. Ini disebabkan warga Singapura juga menggunakan jalan tersebut setiap hari.

2 – Bidasan pembangkang terhadap kadar baru ini terlihat penulis pula sebagai satu tindakan tidak munasabah dan perlu cermin diri. Mereka menyatakan bahawa mereka yang tidak menggunakan EDL juga terpaksa membayar kadar tersebut dan mereka yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ tidak perlu membayar tol. Bagi penulis, pengguna yang menggunakan EDL tetapi tidak melalui CIQ kebanyakkan merupakan pengguna Malaysia dan Johor umumnya. Mereka tidak dikenakan tol atau cukai merupakan satu keistimewaan mereka selaku rakyat Malaysia.

3 – Singapura juga mengenakan tol RM 91 kepada setiap kenderaan yang memasuki wilayah tersebut, cas RM 35 untuk ERP, cas RM 3 untuk imigresen dan lain-lain. Jika Singapura berani mengenakan tol sedemikian tinggi terhadap rakyat Malaysia, mengapa Malaysia tidak boleh mengenakan tol yang tinggi kepada kenderaan Singapura? Bebanan cas Singapura yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia yang keluar masuk Singapura tiada pihak yang memperjuangkan, malah Malaysia yang bersetuju menaikkan RM 16.50 mendapat tentangan hebat. Ini yang diumpamakan seperti kera di hutan disusukan.

4 – Kadar tol yang baru ini diyakini dapat mengawal aliran trafik keluar masuk. Kesesakan lalu lintas yang sebelum ini mengundang masalah kepada rakyat Malaysia, Johor terutamanya yang menggunakan jalan sekitar Johor Bahru dapat dikurangkan. Budaya penggunaan pengangkutan awam juga boleh ditingkatkan terhadap pengguna.

5 – Untuk perhatian, ramai peniaga dan pembeli dari Singapura yang berurusan di Johor. Mereka juga menikmati bekalan mentah dan produk yang murah di Malaysia. Bagi penulis, kadar tol baru ini bukan satu perkara yang tidak adil kepada rakyat Singapura.

6 – Bantahan pihak pembangkang terhadap perlaksanaan tol baru ini hanya mengutamakan kepentingan pengguna Singapura berbanding warganegara Malaysia sendiri. Mereka bertindak seperti rogue politician yang hebat berjuang untuk kumpulan mereka dan hanya seperti boneka kepada agenda politik pihak lain yang berkepentingan.

Penulis percaya Kerajaan Pusat, Dato’ Seri Najib Razak dan Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Seri Khaled Nordin telah melakukan satu perkara yang bijak berkaitan perkara ini. Segala tohmahan negatif yang dikatakan menjejaskan kuasa beli rakyat Malaysia, meningkatkan kos perniagaan dan kesan inflasi yang membantutkan negara hanyalah rekaan yang cuba dicerminkan oleh pembangkang dalam memberikan imej buruk terhadap inisiatif kerajaan.

Kita perlu memahami terdahulu matlamat yang ingin disampaikan pihak pemerintah kepada rakyat dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pihak yang cuba mengelirukan kita. Tugas pembangkang yang dilihat relevan buat masa ini adalah membangkang walaupun perkara tersebut merupakan satu bentuk kebaikan kepada rakyat. Oleh itu, penulis kira kerajaan Johor sudah bersiap siaga mengenai perkara ini dari awal dan yakin kerajaan Johor dapat menyelesaikan perkara ini dengan sebaiknya.

Shahrul Akmal Johari
Presiden Gabungan Anak Johor IPT Malaysia
Exco Biro Ta’lim Al-Aly, Suara Anak Muda 1 Malaysia

2 ulasan:

  1. Bila Singapore menaikan kadar permit masuk kenderaan (VEP) utk kenderaan Malaysia dari rm50 ke rm90 sehari,ianya tidak melibatkan kenderaan Singapore.Kenderaan Singapore bebas menggunakan jalan2 di Semenanjung Malaysia sepanjang tahun tanpa mengeluarkan duit satu sen pun kecuali Tol2 jika ada.Adakah ini adil?
    Malaysia sepatutnya ikut langkah Singapore iaitu mengenakan VEP bagi kenderaan Singapore yg memasuki Malaysia pada kadar harian.Dengan sistem pengangkutan diSingapore yg lebih canggih berbanding di Malaysia,rakyat Singapore akan lebih selesa jika mereka memandu kenderaan sendiri masuk ke Malaysia.
    Cuba2 le buat bancian berapa banyak rakyat Singapore yg mempunyai rumah di Johor meletakan kenderaan pendaftaran Singapore diJohor dan menggunakanya jalan2 di Malaysia dan hanya masuk sesekali di Singapore
    Menaikan tol ditambak johor akan lebih membebankan rakyat Malaysia yg berurusan diSingapore berbanding dgn rakyat Singapore.
    Fikir fikir kan lah

    ReplyDelete
  2. Syabas anak ku Shahrul...inilah anak muda yang bercakap menggunakan OTAK.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk