Shah Alam – Setelah sekian lama menyepikan diri daripada membuat kenyataan balas berhubung kritikan yang dilemparkan kepada beliau ekoran penyebaran 'WhatsApp' AJK PAS Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki tampil membuat kenyataan secara terbuka dihadapan jemaah yang hadir pada majlis Solat Hajat di kediaman Menteri Besar malam tadi.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS itu segala kritikan mahupun serangan yang dilakukan beliau terhadap Ketua Umum PKR sebelum ini hanyalah kerana dua perkara iaitu ekoran serangan hendap terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta 'Langkah Kajang'.
"Saya kritik Ketua Umum PKR disebabkan dua perkara. Pertamanya, saya dimaklumkan oleh sahabat saya ada satu bentuk serangan hendap yang dilakukan keatas peribadi Presiden PAS dan juga Idris bahawa mereka inilah yang mempertahankan Tan Sri Khalid atas sebab kepentingan peribadi.
"Serangan itu dilakukan dengan serangan hendap menggunakan portal online.
"Keduanya, saya mengambil tindakan menentang Ketua Umum PKR disebabkan 'Langkah Kajang' yang mana 'Langkah Kajang' ini merupakan jalan pintas untuk menuju Putrajaya," ujarnya.
Mengulas lanjut Zuhdi berkata meskipun Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi semasa pilihanraya namun mereka masih belum mampu untuk ke Putrajaya dan menyifatkan ia belum sampai masanya lagi.
"Belum sampai masanya walaupun mereka mendakwa undi popular lebih tetapi belum sampai masanya. Lantaran itu kita bersabar. Rakyat Selangor memberi amanah kepada MB dan kumpulannya supaya selepas ini kita menyinsing lengan turun memberi khidmat kepada rakyat…bukan menjadikan Selangor ini jalan pintas untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam Putrajaya," tegasnya.
Katanya lagi, beliau percaya dan yakin serangan hendap yang cuba dilakukan terhadap Hadi datangnya daripada orang terdekat Anwar.
Sehubungan itu, Zuhdi berkata sebagai ahli PAS beliau tidak akan berdiam diri dengan tindakan tersebut.
Namun, malangnya tindakan Zuhdi bangkit mempertahankan Hadi disifatkan pula sebagai orang yang tidak amanah dan hanya bertujuan meruntuhkan Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang membuat serangan hendap terhadap Tuan Presiden.
"Apabila kita menyerang semula kita dianggap sebagai orang yang tidak amanah dan bertujuan meruntuhkan PR. Kenapa tidak diambil tindakan kepada orang yang mengambil tindakan secara serangan hendap yang sehingga hari ini serengan tersebut masih berterusan melalui akhbar? soalnya.
Mengulas lanjut isu menteri besar Selangor Zuhdi menegaskan bahawa langkah mahu menggugurkan Menteri Besar bukanlah semudah yang disangka seperti menukar pakaian.
"Tindakan menurun atau menaikkan pemimpin bukan seperti tukar pakaian, nak turun orang ni, tak puas hati dengan orang ini atau nak naikkan orang kesukaan dia bila-bila masa seperti mana tukar pakaian.
"Ini bukan amalan yang baik hatta dalam negara demokrasi, biarkan negara demokrasi ini dipimpin oleh Perlembagaan. Lima tahun sekali, berikan ruang, " katanya.
Selain itu, Zuhdi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong cadangan yang diperdebatkan dalam WhatsApp tersebut sebaliknya hanya mengemukakan beberapa senario sahaja.
Mesej WhatsApp yang dikatakan mengandungi perbincangan sulit antara sekumpulan pemimpin kanan PAS sekiranya parti tersebut keluar daripada pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan UMNO itu tersebar sejak Ahad lalu.
Berdasarkan pada cetakan skrin mesej WhatsApp terbabit seperti yang disebarkan melalui media sosial, Mohd. Zuhdi memberi analisis bahawa PAS mungkin boleh mengekalkan penguasaan parti itu di Selangor sekiranya bergabung dengan 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN PKR. - Suara.Tv
K7L : PKR semakin terdesak..

tertarik statement " UMNO..I'M OUT"
ReplyDeletenampaknya sbenarnya mereka tak nak betulkan UMNO yg mereka kata salah...asalkan bukan UMNO...
-smh-
NAMPAKNYA DALAM SAMAR CAHAYA BULAN DAH DAPAT LIHAT ADA MUSANG BERBULU AYAM...
ReplyDeleteYG BERKIBLATKAN KETUM. ADA LA NNT YG KELUAR PARTI MASUK PKR...HANCUSSS
yg kata i'm out tu la..geng anwarinas dlm PAS
ReplyDelete