03/09/2013

Menteri KPDNKK Perlu Bersedia Untuk Selia Harga Barangan Daripada Naik!


Sejurus selepas harga petrol naik sebanyak RM0.20, ramai yang bimbang akan kesan daripada kenaikan tersebut. Sudah tentu perkara utama yang mereka risaukan adalah kenaikan harga barang seperti sayur, teh tarik, roti canai dan macam-macam lagi.

Sehubungan dengan itu, Keris melihat pihak KPDNKK perlu bersedia untuk menyelia harga-harga barangan. Jangan tunggu aduan baru nak gerak. Tubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan harga barang tidak naik sesuka hati oleh sesetengah peniaga yang akan mengambil kesempatan di saat kenaikan harga petrol.

Kepada pengguna pula jangan harapkan 100% penjawat awam untuk laksanakan tugas menyelia harga barangan. Sebagai pengguna kita juga boleh membantu memudahkan tugas mereka dengan membuat aduan.

Info Aduan Pengguna KPDNKK :

Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).

Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BK) untuk menyelesaikannya.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKK melalui:
Talian bebas tol

1 - 800 - 886 - 800
Portal Rasmi:

http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/

K7L : Hara harga barang tak naik melampau..

1 ulasan:

  1. KPDNKK...jangan dok tidoq macam selalu lepas ni... Buat kerja betul-betul...rakyat dah marah ni...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk