Ternyata, tujuan asal ujikaji ini adalah untuk menunjukkan bahawa roti keluaran Gardenia mempunyai bahan pengawet yang tinggi sehinggakan roti selepas tarikh luput masih tidak dihinggapi kulat. Mari kita baca jawapan Gardenia mengenai isu ini:
Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mendapatkan penjelasan daripada kami. Kami dengan tegasnya ingin menyatakan bahawa terdapat satu analisa saintifik iaitu “Kromotografi Ion (IC)” yang boleh digunakan untuk menentukan tahap Asid Proprionat (pengawet) di dalam roti.
Apakah Asid Propionat di dalam roti? Asid Propionat adalah sejenis asid yang berfungsi sebagai pengawet di dalam pengeluaran roti. Ianya boleh berpunca dari:
• Kalsium Propionat – merupakan pengawet kimia yang biasanya digunakan oleh bakeri-bakeri sedunia untuk roti yang dijual secara “wholesale”.
• Bahan-bahan semulajadi – seperti Pekatan Jus Kismis.
Kami telah menghantar semua jenama roti terkenal di Malaysia ke beberapa makmal bebas untuk menguji tahap Asid Propionatnya dan kami dengan bangganya ingin menyatakan bahawa Gardenia menpunyai bacaan/ dos yang terendah iaitu 90% - 92% lebih rendah daripada jenama roti lain di pasaran.
Roti kami dapat mencapai bacaan yang begitu rendah hasil daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi; cuka dan pekatan jus kismis bukan seperti bakeri-bakeri lain yang digunakan pengawet kimia, Kalsium Propionat.
Walaubagaimanapun, kami tidak dapat melanjutkan atau kongsi laporan asal daripada makmal-makmal bebas tersebut dengan anda kerana kami perlu mematuhi klausa(peraturan)daripada mereka yang menyatakan bahawa maklumat tersebut tidak boleh digunakan sebagai iklan atau dibuat salinan.
Gardenia juga berbangga dengan usaha dalam pengamalan piawai kebersihan yang tertinggi dalam kilang pengeluarannya. Selain piawai kebersihan yang “stringent”, kami juga memberi kepentingan terhadap pengurangan bacaan spora (spora menyumbang kepada pertumbuhan kulat) untuk memastikan ianya sentiasa pada tahap yang terendah.
Kami juga menjaga kualiti udara yang baik dalam kilang pengeluaran kami. Perkara-perkara inilah membolehkan Gardenia untuk menghasilkan roti Tanpa Pengawet Tiruan, Sintetik atau Bukan Semulajadi. Sekali lagi, terima kasih kerana memberi peluang kepada kami untuk menjelaskan perkara di atas
.
K7L : Perasan atau tidak?..pembangkang sedaya upaya nak kambus ekonomi bumiputera?..
aku antara pengguna roti gardenia..dan pernah guna roti massimo sekali sebelum isu beli produk melayu, aku ms tu nk try massimo..nk tahu apa difrntnya..tp serius..roti massimo bg aku mcm rapuh...mcm berhabuk roti byk..rimas...then aku kekal guna gardenia...even nk roti tahan lg lama..simpan dlm peti ais...sbb tak terdedah kepada udara sgt...
ReplyDelete-smh-
Kami sekeluarga memang menjadikan Gardenia sebagai makanan harian. Insyaallah akan diteruskan. Memang rasanya berbeza denga roti-roti lain. Saya pernah (atas kelalaian sendiri) termakan roti Gardenia yang telah luput tarikh tetapi rasanya masih ok. Saya sokong Gardenia..
ReplyDeleteMASSIMO DIHASILKAN DEMI MEMUSNAHKAN PERNIAGAAN GARDENIA(MILIK TAN SRI MOKHTAR).SEBAB TULAH ORG MELAYU WAJIB BELI GARDENIA.
ReplyDeleteSKMM dulu pernah keluarkan kenyataan melalui menterinya bahawa RBA telah dikenalpasti dan tindakan akan diambil tapi sampai sekarang habuk pun tak ada..cakap aje
ReplyDelete