18/09/2013

Akhramsyah Dicerca Walhal Dia Paling Berani Mencabar @KhairyKJ #UMNOAmalDemokrasi




Beberapa blog serta laman media sosial lain telah mula memberi komen tentang kemungkinan Blogger ini bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan ini. Menurut penulisannya :


Banyak persoalan dan andaian timbul tentang niat, taktik serta kemungkinan pencapaian saya apabila berentap dengan Ketua Pemuda yang bukan sekadar mempertahankan kedudukannya, tetapi juga sedang menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.


Blogger ini tak akan dapat menjawab semua persoalan ini dalam satu posting sahaja, namun, bersedia untuk memulakan perbincangan tentang pertandingan ini dengan mengesahkan bahawa pada masa ini, memang menjadi niat saya untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. 

Insya Allah, blogger ini akan melakukan deklarasi rasmi tidak lama lagi, tetapi ingin saya berkongsi niat di sini dahulu demi menghormati warga sosial media yang mula menimbulkan persoalan ini secara serius.

Persoalan asas kita sebagai orang Melayu yang beragama Islam apabila membuat sesuatu adalah, apakah niat di sebalik perbuatan tersebut. 

Maka di sini, ingin blogger ini mengakui yang niat bertanding ke jawatan ini adalah kerana saya ingin mengabdikan diri, BERGANDING BERSAMA kawan-kawan, untuk MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ke PERGERAKKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA berlandaskan nilai-nilai keIKHLASan dalam PERJUANGAN serta BERSATU dalam meLAKSANAKAN AGENDA MELAYU.

Pengupasan Niat serta Agenda akan diteruskan dalam perbincangan. Blogger ini berharap kawan-kawan Pemuda UMNO mahupun sahabat-sahabat serta bekas Pemuda UMNO di ruang Media Sosial sudi menyertai perbincangan membentuk wadah baru Pemuda UMNO Malaysia yang dirasakan perlu dibawa oleh saya sekiranya berjaya merebut jawatan Ketua Pemuda tersebut.

Agenda Pemuda UMNO pimpinan saya bukanlah agenda saya sendiri, tetapi haruslah membawa harapan seluruh masyarakat Melayu amnya, dan kesemua warga muda UMNO khususnya.

Ikhlas dari calon anda...
Akhramsyah Sanusi


Sebenarnya ramai yang terkejut dengan pengumuman Akhram Shah Sanusi untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO yang kini disandang oleh KJ. Kalau anda mengenali si Akhram, memang dia darah pahlawan dan terkenal dengan semangat juang Melayunya.

Keris setuju dengan kata-kata Mctheory :

Jangan ada orang lain kutuk si Akhram, sebab diantara beratus ribu pemuda UMNO, hanya si Akhram saja yang berani mencabar KJ untuk pertandingan Ketua Pemuda. Sebelum ni ada juga dengar suara-suara sumbang nak cabar KJ. Tapi hanya hangat-hangat taik ayam. Bunyi saja kuat, tapi dalam kosong habuk pun tarak.

Ini menjadi bukti bahawa UMNO mengamalkan demokrasi. Sesiapa sahaja yang layak bertanding dan mahu menawarkan diri, tiada ruang yang perlu ditutup. Keris yakin YB KJ juga bersedia untuk dilawan walaupun ramai tahu kemungkinan Akhram akan kalah teruk.

Tapi siapa tahu? Ramai juga yang sudah tersungkur sehingga ada yang dituduh orang itu dan orang ini. Tetapi jika Akhramshah menang, jangan pula dia dituduh tikam belakang kerana mengalahkan KJ ataupun dicerca sebagai musuh dalam selimut hanya kerana berani melawan Benteng Besi Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.

Apapun Keris ucapkan selamat berkempen dan selamat bertanding. Kalah menang adat pertandingan. Mungkin Akhramshah yang juga anak pemimpin perlu rasa KALAH dahulu? Ingat jika dalam politik terlalu mudah lorongan diberikan maka kepimpinan akan porak peranda dan tidak stabil. Menanglah secara adil dan secara pertandingan yang sihat.

K7L : Tiada istilah 'memberi muka pada pemimpin berjasa' dalam pengertian DEMOKRASI..

4 ulasan:

  1. Saudara Akhramsyah Sanusi,
    Teruskan perjuangan demi agama, bangsa & Negara. Jangan bimbang tentang kritikan & komen-komen negatif. Fikirkanlah kenapa tiba-tiba berlaku kritikan & komen-komen negatif tersebut, mesti ada perkara yang 'mereka' khuatiri. Teruskan perjuangan dengan ikhlas, iltizam dan sabar.

    AHO

    ReplyDelete
  2. sudah sampai masanya pergerakan Pemuda mendapatkan seorang pemimpin Melayu yang berotak Melayu untuk meneruskan agenda Melayu. saya akan tetap mendoa akan kejayaan sdr Akhramsyah jika benar benar keikhlasan yang dinyatakan. kalau anda mampu memartabatkan agama, bangsa dan raja raja Melayu, bangsa Melayu keseluruhanya akan tetap bersama anda. insya allah.

    ReplyDelete
  3. Silakan saudara akram... buktikan demokrasi masih wujud dalam Pemuda umno...buktikan masih ada jiwa hulubalang dalam pemuda umno... murnikan niat..tekad kan hati... bina strategi...war-warkan visi...betul lawan saudara bukan kecil anak... jika Saudara menang maka tercipta satu sejarah... kalau kalah pasrah dan jadi pengalaman yang amat berguna... pejuang sebenar tidak gentar untuk hadapi kekalahan. Saya doakan Semoga saudara berjaya.

    ReplyDelete
  4. Bagi aku KJ adalah lebih karisma...rugi kalau orang umno tak pilih KJ , orang orang PR tunggu masa je nak pancing KJ, masa debat dgn rafizi pun dah nampak dia nak pancing kj

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk