17/07/2013

Mesej Buat Pengundi Kuala Besut Yang Buatkan PAS Menggelabah Dan Mengamuk! #N01KualaBesut @tunfaisal @khairykj @kualabesut_ @besutlening



Lebih kurang jam 4 petang tadi sejurus selepas lawatan santai YB Khairy Jamaluddin di kawasan Seberang Barat, Ketua Pemuda Barisan Nasional merangkap Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan sedikit sumbangan peralatan sukan kepada wakil-wakil NGO yang hadir di PDM Kg Baru.



Calon Barisan Nasional bagi kerusi N01 Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman hadir sama dan berinteraksi dengan wakil-wakil NGO juga pengundi di DUN tersebut.

Bagi orang PAS, antara modal yang dimainkan oleh puak mereka adalah calon BN terlalu ‘mentah’ kerana faktor umur. Namun siapa sangka calon BN ini sebaya dengan YB Khairy Jamaluddin yang juga telah memikul tanggungjawab sebagai seorang Menteri.


Ternyata puak PAS tahu akan kewibawaan serta kelebihan yang dimiliki oleh calon BN. Beliau seorang professional muda serta anak kepada seorang cendekiawan agama yang dihormati di Kuala Besut.



Berdasarkan ucapan ringkas, beliau mengajak rakyat Kuala Besut unutk bersama-sama mempertahankan Barisan Nasional demi rakyat. Dia berjanji akan menyambung segala usaha yang telah dilaksanakan oleh ADUN sebelum ini yang telah meninggal dunia.

Malahan dia juga berjanji akan membuat lebih baik lagi demi rakyat Kuala Besut. Berbeza dengan calon PAS yang mengatakan jika dia menang, dia kan mengupah orang lain untuk melakukan kerja-kerja wakil rakyat.


Buat pengundi Kuala Besut, anda dengarlah sendiri ucapan Tengku Zaihan dan bezakan dengan ‘janji’ Che Long yang bertanding bukan untuk rakyat tetapi hanya untuk parti.



K7L : Nak pilih yang mana? yang mahu berkhidmat atau yang bertanding lepas itu upah orang?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk