19/01/2012

@WardinaSafiyyah Harus Tarik Balik Kenyataan - @tunfaisal Bukan RBF




Tergelak Keris apabila dihubungi rakan UMB, 1peluru dan Double-Y mengenai perkara Wardina tersalah orang. Kasihan juga dengan beliau kerana mungkin pemberi maklumat tentang siapa blogger RBF masih belum cukup ilmunya sehingga tersalah orang. Entah mengapa Pengerusi UMB, Tun Faisal Ismail Aziz pula disangka sebagai blogger RBF. Kami blogger UMB pun tidak kenal identiti sebenar blogger RBF.

Memetik berita daripada mStar :




PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blogruangbicarafaisal.blogspot.com iaitu Tun Faisal Ismail Aziz menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno itu seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.



Buat pengetahuan Puan Wardina, Tun Faisal Ismail Aziz mempunyai blognya sendiri iaitu Tun Faisal Dot Com [Klik Sini] bukan ruangbicarafaisal.blogspot.com. Kena selidik betul-betul lain kali sebelum membuat sebarang kenyataan lebih-lebih lagi kepada pihak media. 


Namun Keris tidak khuatir soal saman menyaman kerana Keris yakin saudara Tun Faisal Ismail Aziz selaku Pengerusi UMB tidak akan menyaman beliau atas dasar profesionalisme dan kematangan media. Namun begitu, Keris sebagai salah seorang blogger UMB terasa terpanggil untuk memohon agar Wardina menarik semula kenyataan tersebut dan memohon maaf. Mudah dan tidak merugikan kedua-dua pihak.


Krediibiliti Tun Faisal sebagai pengamal media baru dan pemimpin mungkin akan tercalar jika kenyataan tersebut tidak ditarik balik kerana ia melibatkan 'tuduhan terhadap kes rompakan Wardina' dimana Wardina merupakan seorang selebriti dan pasti ramai sudah mula syak wasangka dan pandang serong kepada Tun Faisal setelah ia disiarkan didalam media. Permintaan Keris dan rakan-rakan mudah sahaja, tarik balik kenyataan dan mohon maaf secara terbuka. Baca juga apa 1peluru [Klik Sini] dan Double-Y [Klik Sini] kata.

K7L : Tidak berniat untuk menghentam namun nawaitu lebih kepada meneutralkan keadaan..

2 ulasan:

  1. kronik dah wardina ni yer....

    ReplyDelete
  2. blog ni xbest la sbb keris kontot..x remaja lgsung.kahkahkah

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk