17/01/2012

Anak Kecil "Everyday I'm Shuffling" - Salah Siapa?



Mungkin ada yang terhibur selepas melihat video tersebut namun bagi Keris ini adalah doktrin kurang sihat yang diserapkan kepada anak kecil. Umum tahu tarian ini biasanya dilakukan didalam kelab malam ataupun di jalanan. Jadi Keris tidak nampak kebaikan dengan mengajarkan mereka menari seperti itu.


Melihat daripada rakaman, jelas orang yang merakam ini kemungkinan besar adalah seorang guru. Apakah niat sebenar menyuruh dan merakam anak-anak kecil ini menari 'shuffle'? Sekadar hiburan atau ada mesej tersendiri?. 

Keris pohon kepada mana-mana Kementerian supaya menyiasat siapa yang merakam dan mengapa anak-anak kecil ini diajar menari seperti itu. Macam Keris telah katakan tadi, tidak mustahil suatu hari nanti mereka semua akan 'shuffle' di kelab malam kelak kerana dari kecil sudah diberi 'skill'. Keris tidak salahkan anak-anak kecil tersebut secara total namun pihak yang merakam ataupun mengajar harus disiasat.

K7L : Apa sudah jadi dengan anak melayu sekarang?..apakah suatu hari nanti 'sosial' itu akan menjadi perkara biasa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk