25/01/2012

Eksklusif - Rakaman Interbiu Dr Hasan Ali - Bicara Akidah



Masih bermain di dalam kotak fikiran Keris akan peristiwa serbuan pihak JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada tahun lepas apabila
 terbaca artikel Sinis Malaysia. Difahamkan sebahagian daripada krew Kritis-Online telah menemuramah Dr Hasan Ali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai isu tersebut [Sebelum HIMPUN diadakan]. 

Rakaman video itu baru dapat disiarkan semalam kerana Dr Hasan Ali telah berpesan agar video intebiu tersebut tidak dikeluarkan melainkan ianya diluluskan sebagai menghormati jawatan yang disandangnya ketika itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. Pembaca boleh lihat 'review' interbiu tersebut dalam bentuk penulisan di SINI.

Ya! berkhidmat untuk rakyat pun iya... working for people pun iya juga... but the important is... I'm working to obey God!”. Ini antara ayat yang Dr Hasan Ali ucapkan ketika ditemuramah. Tonton video di bawah dan dengar dengan teliti agar anda faham sepenuhnya.


Menurut Sinis Malaysia ini adalah kemuncak krisis Selangor sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam dua artikel beliau sebelum ini SINI dan SINI. Keris merasakan PAS kini semakin hilang arah dalam memperjuangkan entiti Islam yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka. 

K7L : Adakah ini merupakan satu bukti bahawa Dr Hasan Ali bukan dipecat kerana politik tetapi kerana beliau menentang permurtadan serta perjuangkan akidah umat Islam Malaysia?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk