29/01/2012

Apa Ustaz Fathul Bari Kata Tentang Exco Agama Baru Selangor?





SHAH ALAM, 27 JAN : Pimpinan Pas Selangor hari ini mempertahankan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik dirinya sebagai Exco Hal Ehwal Agama setelah Menteri Besar itu dikecam pelbagai pihak termasuk Perkasa kerana tidak memulangkan kerusi itu kepada Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Khalid Samad menolak dakwaan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bahawa tindakan Khalid mengambil alih portfolio penting itu akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor.

Beliau berkata, Khalid tidak akan mengkhianati Islam dan menegaskan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukannya jahil 100 peratus mengenai agama.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut membayangkan bahawa orang yang memegang portfolio itu tidak perlu mempunyai latar belakang agama yang mendalam.

“Exco agama ni pun ada kawalan daripada sultan, MAIS, Jabatan Agama Islam, Pejabat mufti dan sebagainya. Exco Agama bukan buat fatwa ataupun mengeluarkan undang-undang Islam dan sebagainya,” kata Khalid pada sidang medianya.

“Hendak kata Menteri Besar ini jahil 100 peratus terhadap Islam, saya rasa ia tidak begitu tepat kerana (sekurang-kurangnya) dia tahu tidak boleh khianat terhadap amanah,” tambah beliau

Minggu lalu Ibrahim mengkritik keras keputusan Khalid mengambil alih portfolio agama itu daripada Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas pada 8 Januari lalu.

Khalid memutuskan untuk tidak memberi portfolio agama kepada pengganti Hasan, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan sebaliknya mengambil alih jawatan itu.

Ibrahim menyifatkan perlantikan itu bertujuan memberi laluan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman memberitahu pelantikan Khalid sebagai Exco Agama tidak seharusnya dipertikai oleh mana-mana pihak.

Rani yang sebelum ini adalah calon tunggal yang ditawarkan oleh Pas Selangor untuk mengisi jawatan Exco itu berkata amalan portfolio agama dipegang oleh Menteri Besar bukan perkara baru.

"Tetapi adakah Perkasa terlepas pandang bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO-BN pun Menteri Besar mereka automatik jadi exco agama, mereka pun tidak ada asas pelajaran agama. Contohnya Menteri Besar Pahang," kata beliau.

Bagaimanapun, Rani tidak menangani persoalan bahawa dengan kehadiran tiga Exco daripada Pas sebuah parti Islam, Khalid tetap membuat keputusan mengambil alih portfolio jawatan itu dan mengenepikan mereka.

Pada sidang media sama, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu rombakan kecil yang dilakukan minggu lalu dipersetujui bersama Pas Selangor dan kerajaan negeri .

"Pas Selangor ingin menjelaskan bahawa pelantikan dan rombakan exco yang baru dilakukan oleh Menteri Besar Selangor telah dilakukan dengan sokongan dan persetujuan penuh saf pimpinan Pas negeri Selangor,” kata beliau.

"Rombakan ini dilakukan bukan kerana tiada di dalam Pas yang mampu menjawat jawatan Exco Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Itu hanya pendapat orang yang besar kepala yang menganggap dirinya seorang yang mampu," katanya.

Menurut Hasbullah, rombakan itu akan menjadikan Pas di Selangor bertambah kukuh dan mantap meskipun tiada wakil parti itu memegang jawatan exco hal ehwal Islam seperti sebelum ini. -AntaraPos-

K7L : PAS kini parti paling rendah tarafnya didalam Pakatan?

1 ulasan:

  1. Walau apa sekalipun diperkatakan, exco memang ada kuasa penentu. Kita juga bukan mengharapkan MB pakar dalam Islam. Itulah sebabnya perlantikan EXCO yang pakar dalam hal ehwal agama Islam amat perlu.

    Jika exco langsung tidak ada kuasa, maka apa perlunya diwujudkan exco agama Islam tersebut malah kini dipegang sendiri oleh MB selangor. Bukankah itu satu jawatan yang penting?.

    Memanglah kata pemutusnya berada di tangan sultan dan MAIS atau sebagainya. Tetapi perlaksanaan "mempraktik" undang-undang Islam dalam hal "boleh tak boleh" terletak di bawah pentadbiran kerajaan tempatan yang terletak di bawah kerajaan negeri dan exconya. Kuasa mutlak perlaksanaannya terletak di bawah MB dan "penasihat"nya.

    Sebagai contoh, mengapa ada campur tangan pihak tertentu bila JAIS membuat serbuan terhadap premis yang menjual arak secara terbuka kpd umat Islam tempoh hari?. Bukankah menjual arak secara terbuka itu bertentangan dengan kepentingan syiar islam?.

    Mengapa Roney Liu berani keluarkan arahan supaya memulangkan kembali arak yg dirampas. Dia juga membenarkan arak di jual secara terbuka di semua premis perniagaan dan kedai runcit. Ini akan memudah orang Islam yang engkar membeli dan meminum arak secara terbuka dan sukar dikawal.

    Jika MB berpengetahuan walupun sedikit hukum agama Islam tentang arak dan murtad, sudah tentu dia akan bersetuju dengan tindakan exco agamanya pada masa itu iaitu Datuk Dr Hassan Ali. Begitu juga dengan isu memurtadkan orang Islam di gereja DUMC. Tetapi sebaliknya Datuk Dr Hassan Ali di pecat dari jawatan exconya kerana tindakannya menguat kuasakan dan melindungi kesucian agama Islam di Selangor.

    Adakah Khalid Ibrahim seorang MB beragama Islam yang ada pengetahuan agama Islam jika beginilah cara tindakannya?.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk