13/01/2012

@niknazmi Pening Kepala Setelah Jamil Khir Jawab?





Jika kita baca kembali Laporan Audit Ketua Negara 2010, dilaporkan bahawa Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain telah menggunakan wang zakat sebanyak RM63,650 dalam pembiayaan kos guaman terhadap kes saman Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Selepas itu ia mula dicanangkan dan 'dibakar' oleh Idris Ahmad sebelum diteruskan oleh Nik Nazmi menuntut penjelasan daripada Datuk Jamil Khir berkenaan isu penggunaan wang zakat dalam pembiayaan kos guaman.


Nik Nazmi telah memperlihatkan dua dokumen sebagai bukti 'menuduh' Datuk Jamil Khir dengan satu baucer bayaran dan yang kedua adalah Laporan Audit Ketua Negara. Jadi ketika kami berhadapan dengan Datuk Jamil Khir, penjelasan penuh telah diberikan.


Rupa-rupanya bayaran bagi kos guaman tersebut tidak menggunakan wang zakat daripada hasil yang dikutip, cuma mereka menggunakan wang yang telah diperuntukan kepada mereka oleh kerajaan persekutuan setiap tahun bagi beberapa kos-kos tertentu. Nyata tuduhan mereka dangkal! 


Jelas kelihatan mengenai dokumen dibawah bahawasanya memang terdapat wang peruntukan sebanyak RM700,000 bagi penggunaan kos-kos berkaitan perundangan. 




Tetapi  pasti ramai yang tertanya-tanya apakah ia haram sekiranya wang zakat digunakan maka kami telah diberikan jawapannya oleh orang yang arif tentang hukum agama Islam. Disertakan dokumen tersebut sebagai rujukan buat pembaca, teliti dan fahami. Ini jawapan yang telah diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan persoalan tersebut : 








Menurut dokumen tersebut, satu mesyuarat telah diadakan oleh MAIWP pada 3 September 2009 yang lepas dimana satu keputusan dapat dicapai meluluskan perbelanjaan untuk perundangan di bawah Asnaf - Fissabillilah. Maka Keris tidak tahu dari sudut mana yang menyatakan penggunaan tersebut salah. Hentikanlah dengan tuduhan-tuduhan yang mengarut. Benda bukan satu masalah dijadikan masalah. 


Ini Pendedahan Panglima Perang Cyber :


Pukulan KO Untuk Nik Nazmi : Mufti Wilayah Disokong Mufti Selangor Isu Zakat Fi Sabilillah Jamil Khir Sejak 1987 Lagi !!!


Berikut rujukan Kitab yang disiar oleh laman Mufti Selangor tentang takrif Fi Sabilillah yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah semalam.


Lamannya klik sini : Portal Fatwa


Rupanya perbincangan tentang definisi Fi Sabilillah sudah lama dibuat kira-kira 25 tahun yang lalu. Jelas tindakan mempertahankan diri dari serangan Pakatan di Mahkamah demi menegakkan Islam adalah wajar digunakan dana zakat. Meskipun ia tidak diguna kerana dana kerajaan sudah diwujudkan.


Baca Selanjutnya di SINI


Baca juga di blog PPC , 1Peluru dan Double - Y


K7L : Apa lagi isu yang korang nak buat lepas ni?..bosan la..asik tipu je..next!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk