27/01/2012

Siapa Zaira Jaafar Yang 'Sound' Faekah Husin?



Dipetik daripada Selangor Daily, berikut adalah kenyataan dari Faekah berhubung dengan kenyataan Dato’ Ibrahim Ali ;

“Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata, bercakap tanpa iman dan penuh dendam dan nafsu serakah merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor dan oleh itu, Ibrahim seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor.”

Dan bagi timbal-balas kepada kenyataan tersebut, Keris memetik kata-kata Ketua Wirawati Perkasa, Cik Zaira Jaafar melalui lamab web Perkasa  ;



“Kenyataan yang dibuat oleh Fekah Husin memang bersifat kebudak budakan dan pengecut dan hanya melihat Perkasa dari sudut negatif sahaja”. itu lah reaksi Ketua Wirawati Perkasa ketika dihubungi berhubung isu “penghalangan Presiden Perkasa dari memasuki Negeri Selangor”.

Menurut kenyataan pesanan ringkas dari Ketua Wirawati Perkasa Cik Zaira Jaafar sebentar kepada media.

Zaira juga berkata ” Pengambilalihan Khalid Ibrahim portfolio Hal Ehwal agama Islam dilihat tidak bersesuaian langsung, bagaikan langit dan bumi perbezaan Hasan Ali dan MB Selangor ini”

Beliau turut mengulas kenyataan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin yang berkata,” Ibrahim Ali seharusnya dihalang dari menjejakkan kakinya di Selangor”.

Selain merujuk pentadbiran Selangor didalam menangani isu-isu melibatkan kepentingan agama Islam sebelum ini seperti isu Murtad, isu kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, yang dilihat tidak diselesaikan dengan cara yang baik

“Kita boleh lihat bagaimana beliau menangani isu berbangkit sebelum ini, langsung tiada ciri ciri ‘keislaman’ yang boleh dibanggakan”. Kata Zaira Jaafar yang telah menerajui sayap Perkasa ini sejak seawal penubuhannya.

Sebagai MB (Menteri Besar) beliau sepatutnya mengajar Setiausaha Politiknya bagaimana untuk menghormati sesama Islam dan bagaimana mengunakan bahasa yang baik, bukannya bercakap seperti orang yang angkuh dan bernada riak seolah olah Selangor ini ‘mereka yang punya’.


K7L : Suruh Faekah tengok cermin sebelum nak cakap pasal orang lain..Sisi gelap sendiri perlu diselesaikan baru sibuk nak cerita pasal halang orang jejak bumi Selangor..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk