16/12/2011

Tiada Lagi Aziz Bari Di UIA?




“Dan pada akhirnya, Prof Aziz Bari secara rasmi tidak lagi dengan UIA. Kehilangan kepada universiti. Tetapi keuntungan kepada negara kerana beliau kini boleh bercakap dengan lebih bebas”, kata Wan Saiful Wan Jan dalam twitter 3 jam lalu.

Wan Saiful adalah salah seorang pengasas Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), dimana Aziz merupakan felo kanan NGO tajaan asing itu.

Minggu lalu, peguam Aziz, Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan anak guamnya itu telah menghantar surat kepada pihak universiti berhubung dengan peletakan jawatan sebagai pensyarah di universiti itu.-AIDC 



Sejauh mana kebenaran berita ini Keris tidak dapat pastikan namun jika benar Aziz Bari bukan lagi bersama UIA, maka ia petanda yang bagus kepada anak bangsa kita kerana manusia macam dia inilah yang bakal menjana kehancuran bangsa demi politik seseorang.

Petikan ayat dahulu kala " Melayu kurang ajar sahaja yang berani mempertikaikan raja ". Ada yang kata itu ayat Hang Tuah pada Hang Jebat, tapi jika difikirkan kembali ada kebenaran disebalik kata-kata, gagahnya melayu dulu hingga kini kerana rajanya.

Apapun Keris ucapkan selamat tinggal kepada Aziz Bari dan berbesar hati dengan ketiadaan manusia picisan seperti dia didalam sektor pendidikan Malaysia.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bakal CALON PKR untuk PRU13 mungkin?

2 ulasan:

  1. oranng mcm dia ni tak layak jadi warga pendidik..warga pemusnah boleh la..lala~

    ReplyDelete
  2. Elok pun.. Menyusahkan UIA jika berselindung di sebalik nama ahli akademik.

    Sebaiknya dia masuk politik sertai pembangkang.

    Saya yakin dia akan menyertai PKR untuk PRU 13 nanti.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk