09/12/2011

Isu Pas Media? Tolong Jangan Cuba Jadi Hero!


Kepada orang yang 'sentiasa' menjadi hero didalam sesuatu isu yang kontradik dengan bloggers UMB, Keris harap lain kali beri salam dulu baru cuba mencelah masuk itupun kalau tahu cerita. Jangan tak tahu apa-apa tapi sebab nak jadi hero maka cuba untuk masuk campur walaupun tak tahu situasi sebenar.

Keris dan blogger Mat Kilau Penang serta seroang videografer UMB menjadi saksi perbualan diantara kami dan individu yang dipertahankan itu. Masalahnya timbul apabila cara menjawab itu kurang enak dengan nada suara yang memperlekeh. Orang tidak akan marah kalau nada itu dengan lenggok budi bahasa yang elok. Sebenarnya jika justifikasinya tepat dan layanan yang diberikan terhadap kami tidak berat sebelah maka mustahil isu ini tercetus. 


Persoalannya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila kami yang sudah TERANG-TERANG jentera parti yang telah memohon secara baik dan sah  masih dipersoalkan status dan tidak diberikan vest media?. Kami faham pasti wujud sesetengah manusia yang akan mendabik dada menunjukkan kuasa dan kami tidak ada masalah untuk merayu seperti peminta sedekah asalkan informasi dapat dikongsi bersama pembaca kami. Tetapi janganlah keterlaluan dengan memberi layanan seolah-olah kami ini tidak punya harga didalam organisasi UMNO. Kita bukannya mcm orang tertentu yang tidak hadir mesyuarat dan buat bising pasal pas media walaupun tak tau keputusan mesyuarat.

Sedikit pesanan kepada mana-mana pihak yang menjadi urusetia, seharusnya anda tidak harusbersikap kasar dengan petugas media apatah lagi jika petugas media siber terutamanya merupakan jentera parti, dengan siapa mereka berkasar?, lebih elok saudara yang 'terasa' ini bertanya kepada YY dan Tepak Bersulam kerana Keris tidak mampu cerita apa yang berlaku ketika kejadian kerana 'scene' Keris hanya ketika sesi berdailog dengan urusetia yang lagaknya seperti jalak lenteng bukan 'scene' ditahan masuk dengan kasar atau beg video/kamera yang direntap.

Baiklah mungkin isu keselamatan akan ditimbulkan dan dijadikan modal hujahan namun mengapa urusetia perlu risau kerana nama bloggers UMB yang bertugas yang telah diberikan kepada urusetia sudah tentunya AHLI UMNO BERDAFTAR dan telah ditapis oleh jentera parti dan insyaAllah tidak akan timbul isu keselamatan kerana kami bukan jenis menghentam UMNO dan kemudian mengaku kami bloggers UMNO!. Maka jika keselamatan yang menjadi isu mengapa kami dihalang masuk ke dalam dewan dan tidak diberikan vest media maka itu adalah alasan paling daif dan seakan punya tanda sabotaj hasil hasutan pihak tertentu. Keris tidak menuduh namun perasaan sangsi tiba-tiba wujud kerana ini diantara kami dengan individu bukan dengan institusi dan entah datang daripada mana ada orang berlagak hero. Ternyata kami tidak menyentuh SUK, SAU mahupun UMNO itu sendiri.

Lagi tentang isu keselamatan, Kami yang ditugaskan untuk wawancara para pemimpin sepatutnya diberikan sedikit fleksibiliti kelonggaran supaya memudahkan para pemimpin itu bertemu kami dan selesa ditemuramah. Keris dan rakan-rakan terkilan apabila kami diarahkan keluar dari kawasan 'larangan' ketika iingin menemuramah seorang pemimpin kanan UMNO. Nasib baik beliau punya kerendahan hati dan bersedia berjalan ke tempat yang kami tentukan supaya tidak menganggu wawancara dan tidak bising yang tempatnya agak terpencil dan jauh daripada tempat yang sepatutnya kami menemuramah beliau.

THIS IS JUST ONLY BETWEEN US BRO! DON'T DRAG THIS ISSUE WITH BRINGING IN A GROUP OF SO-CALLED HEROES TO DEFEND YOURSELF!

Isu PAS MEDIA ini sebenarnya lebih bersifat peribadi dan biarlah kami selesaikan hanya antara kami. Orang yang tidak tahu apa-apa lebih baik mendiamkan diri kerana kami hanya marah ketika itu dan Keris yakin selepas ini kami masih boleh berurusan dengan individu yang kami tegur itu. Ini orang lain yang kena, orang lain pula yang bangkit jadi hero. Tolong jangan samakan UMB dengan sekumpulan orang yang PERNAH menyerang institusi kerana PAS MEDIA!. Kami tidak punya sebarang kepentingan maka isu ini bukanlah berat sangat namun apabila ada 'orang luar' yang mahu masuk campur maka tidak mahu tidak perkara ini harus dijelaskan agar pembaca khususnya faham situasi sebenar.

Kepada individu yang terasa seakan difitnah, mari kita selesaikan secara bersemuka dan berbincang cara baik itupun jika saudara mahu berhadapan dengan kami. Terserah ya kerana Keris tidak paksa.

p/s: Dulu ada orang pernah label Keris sebagai blogger mewah..sila pandang cermin dulu ya..siapa yang hidup seperti artis dan siapa yang hidup sebagai pejuang..

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Manusia ini dalam kamus hidupnya tidak akan wujud istilah 'kebal' kerana dalam setiap kekuatan akan muncul satu kelemahan..HARTA..TAKTHA..WANITA..itu semua punca melayu menjadi layu..

4 ulasan:

  1. Bukan ke cara kamu menulis ini turut bertindak sebagai HERO?

    Kenapa Tun Faisal selaku ketua kamu yang memerintah kamu membuat liputan gagal memikul kegagalannya sendiri sebagai KETUA KAMU?

    Kenapa Tun Faisal meletakkan kegagalannya sebagai KETUA kepada pihak lain yang tidak bersalah?

    So bro jangan diperalatkan oleh seorang KETUA yang enggan mengakui kelemahannya sebaliknya hanya tahu menuding dan mencari kesalahan roang lain.

    TUN FAISAL lah YANG PALING LAYAK DIPERSALAHKAN SEBAGAI KETUA DI ATAS KEMALANGAN YANG KAMU TERIMA ITU BUKAN URUSETIA PAU 2011.

    TUTUP ISU INI.

    ReplyDelete
  2. Atas dasar rasa hormat kepada seorang blogger yang lebih matang berpolitik daripada Keris. Keris terima nasihat abang Jas..Maaf jika terguris perasaan mana-mana pihak. Isu ini bukan soal Tun Faisal mahupun Urusetia..Isu ini hanya kami yang 'mengalami' sahaja yang faham dan tahu. Keris terima teguran abg Jas.

    ReplyDelete
  3. SETIAP PAGI PUKUL 10, SAYA AKAN BUKA BLOG KETUA SAYA SEBAGAI SUMBER RUJUKAN ISU APAKAH YANG AKAN DIMAINKAN PADA HARI TERSEBUT... TERIMA KASEH!!

    ReplyDelete
  4. Sudahlah Jas..kau yang nak jadi hero sebenarnya..gomo bayar kau berapa sen? keh keh keh

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk