21/12/2011

Nasib Anwar - 9 Januari - Jalan Menuju Sungai Buloh?


Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan 9 Januari 2012 sama ada dibebaskan atau didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan semula oleh pasukan pembelaan hari ini.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos, 2008, meliwat Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Menurut Bernama, pertuduhan liwat ini merupakan kali kedua yang dihadapi Anwar. Pada 2000, beliau didakwa meliwat pemandu Azizan Abu Bakar.

Anwar disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Makkamah Tinggi, tetapi empat tahun kemudian Mahkamah Persekutuan menolak sabitan itu dan mengetepikan hukuman penjara.


Sementara itu semasa hujah penggulungan dalam mahkamah, peguam bela Anwar, Sankara Nair mengemukakan satu teori baru bersifat andaian tanpa bukti, iaitu Mohd Saiful memasukkan objek plastik di dalam duburnya sendiri supaya nampak ‘real’ plot liwat.

“Ada kemungkinan Saiful telah dinasihatkan oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Mohd Yusof supaya memasukkan instrumen plastik untuk mencederakan duburnya supaya ia nampak konsisten berlakunya penetrasi,” katanya.

Menurut andaiannya, sebab itu Mohd Saiful tidak terus pergi ke Hospital Kuala Lumpur, sebaliknya ke Hospital Pusrawi terlebih dahulu supaya ‘plotnya’ tidak nampak seperti konspirasi.

Malah, Sankara menuduh Mohd Saiful adalah boneka dalam plot yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Musa Hassan.

Malangnya, andaian terbaru itu tidak berjaya dibuktikan semasa proses bela diri di mahkamah kerana penguam Anwar sendiri secara sukarela menggugurkan sapina ke atas Musa Hassan dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof digugurkan pada saat-saat terakhir.

Untuk mengetahui rahsia sebenar pengguguran Musa dan Rodhwan sebagai saksi pembela.

Terdahulu, Karpal Singh mengulangi hujahnya sebelum ini iaitu menyeru pihak mahkamah menerima keterangan Anwar dari kandang tertuduh sebagai bukti untuk dinilai kerana lazimnya keterangan dari kandang tertuduh tidak mempunyai nilai berbanding dengan keterangan dari kandang saksi.

Karpal juga turut mengungkitkan kegagalan pihak pendakwa memanggil Saiful dan Farah Azlina untuk memberi keterangan bersumpah bagi menafikan mereka mempunyai hubungan.

Nampaknya, Sankara, sebagai peguam peribadi Anwar membawa seratus peratus skrip bosnya itu, manakala Karpal pula berusaha untuk berhujah di luar skop pertuduhan.

Dan walaupun diberi peluang membalas hujah pendakwa semalam, pihak pembela masih tidak menjawab persoalan tersebut, iaitu tidak menafikan kehadiran Anwar bersama Mohd Saiful serta kewjudan air mani milik Ketua Umum PKR dalam dubur mangsa pada tarikh, tempat dan masa yang didakwa di mahkamah. - AIDC




Dengarkan lagu yang ditujukan khas kepada Anwar Ibrahim...





Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Bila nak habis?..tunggu tahun depan! Kalau dia bersalah..beranikah Azmin kotakan janjinya untuk merobohkan penjara Sg Buloh atau hanya retorik?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk