14/12/2011

Kes Liwat II : Bila Mahu Habis Daa?


Keris kongsi sedikit maklumat bersama pembaca tentang Perbicaraan Kes Liwat II Anwar :

12/12/2011 - Penggulungan oleh pihak tertuduh (Klik Sini)

13/12/2011 - Penggulungan oleh pihak pendakwaraya

15/12/2011 - Penggulungan oleh pihak tertuduh sekali lagi dengan peluang sebanyak dua kali untuk membuktikan Anwar tak bersalah. Hakim akan memutuskan satu tarikh lagi bagi mengumumkan keputusan penuh perbicaraan Kes Liwat II ini.



Ini bermakna akan ada dua lagi trial sebelum Anwar dijatuhkan hukuman samada bersalah atau tidak. Tapi kalau pihak Anwar minta tunda lagi macam biasa tak tahulah Keris nak cakap apa namun keputusan bagi perbicaraan kes ini akan diumumkan tidak lama lagi. Keris yakin dan pasti pencacai-pencacai PKR serta jumud-jumud Anwar akan meroyan sebelum keputusan diumumkan apatah lagi selepas dia dijatuhkan hukuman. 

'Mahkamah Rakyat' yang sudah mula mual dengan penangguhan kes ini yang entah keberapa kali bagaikan sudah menjatuhkan hukuman sendiri dengan mengatakan bahawa Anwar memang bersalah. Kini kita hanya perlu menunggu keputusan mahkamah yang rasmi sahaja tidak lama lagi. Berdasarkan kepada hujahan penggulungan pada 12 Disember yang lalu, seakan sudah boleh agak apa yang akan berlaku pada Anwar. Hujahan tidak konkrit dan pada 13 Disember iaitu semalam memberi gambaran bahawa pihak pendakwaraya 'membelasah' pihak tertuduh.

Kini apa yang bermain di kotak fikiran Keris, apakah perjuangan dan prinsip PKR akan berubah sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah dan menjalani hukuman?. Apakah sekali lagi 'reformasi' dilaungkan untuk Anwar? Siapa yang akan menerajui PKR? Azmin Ali ataupun Faekah Husin?.
Mungkinkah PKR akan terkubur sama seperti Semangat 46?.  Apapun Keris tak sabar menunggu keputusan rasmi bagi kes Liwat II ini. Support Saiful Bukhari! Justice For Saiful!


Anwar Ibrahim telah gagal untuk mempertikai keterangan pengadu dalam kes liwat dihadapinya sekarang dan oleh itu, penafian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sahaja tidak memadai, kata pendakwa raya hari ini.


Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berhujah bahawa keterangan Anwar dari kandang tertuduh telah gagal mematahkan testimoni Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pengadu itu memang telah pergi ke kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

“Penghujahan kami, ia hanya satu pembohongan. Apabila anda gagal untuk mempertikaikan fakta keterangan PW1, (ia) bersamaan dengan pengakuan,” kata Yusof ketika hujah penggulungan beliau hari ini.

Ketua pasukan pendakwa ini berkata keterangan Anwar (gambar) tidak mencabar validiti rakaman CCTV di kondominium Desa Damansara, yang menunjukkan kehadiran beliau pada 26 Jun.
“Penafian seperti ini tidak menafikan kesemua kandungan keterangan PW1, bahawa Anwar telah meminta Saiful (yang juga saksi utama kes) pergi ke unit kondominium... tidak mempertikaikan bahawa ketua staf telah menghantar Saiful untuk menghantar kepada beliau (Anwar) satu dokumen,” kata Yusof. -Bro Jinggo

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Percayalah bahawa yang hak pasti akan mengalahkan yang bathil !!!

2 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Apa-apa pun Anwar cuba menggambarkan bahawa mereka liwat suka sama suka... Mana ada keterangan yang menunjukan dia memaksa Saiful... tapi apa pun jenayah telah berlaku... Yang salah tetap salah... tapi Anwar tetap menyalahkan orang lain... yang sedap dia dapat... BALA orang lain kena tanggung... ADILKAH?... TUNDA..TUNDA...KES...

    ReplyDelete
  2. kalau dah suka sama suka maknanya anwar itu memang meliwat...!! patut pun anwar tak berani junjung Quran sebab dia memang ada meliwat c saiful..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk