21/10/2011

@zulkiflinoordin Pertikaikan Hudud PAS?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Cerita pasal hudud ini masih belum habis lagi diperdebatkan oleh orang-orang PAS di laman sosial walaupun kepimpinan mereka sudah berdiskusi bersama kepimpinan PR yang nampaknya seakan dikawal oleh DAP telah sebulat suara untuk menolak hudud.


Kekeliruan sering timbul akibat kenyataan-kenyataan tidak malar yang dikeluarkan oleh kepimpinan PAS. Semuanya selalu berbeza dan mengikut musim. Seperti sesuatu yang boleh kita jangka, kini mereka ingin mengekalkan momentum 'Hudud' sehingga PRU13 sebagai medium pancingan undi sebelum 'menukar' pandangan mereka.


Semalam, YB Zulkifli Noordin mempertikaikan mengenai hudud buatan PAS. Disini juga Keris ambil sedikit tulisan YB Zul mengenai hudud.

Meliwat isteri tidak termasuk sebagai kesalahan hudud didalam Enakmen Hudud & Qisas 2002 yang digubal oleh Kerajaan PAS.

Itu yang teman kemukakan semasa berbahas didalam Dewan Rakyat sebentar tadi. Kenyataan itu menyebabkan ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang menjadi histerikal, menjerit racau memaki hamun saperti orang kehilangan aqal.

Teringat teman peristiwa dimana pimpinan kafir Quraisy mengarahkan anak buah masing-masing supaya membuat bising ketika Rasulullah saw membaca Al Quran! Teringat teman kisah Nabi saw dibaling batu oleh kafir Taif sehingga cedera berdarah hanya kerana membawa risalah kebenaran! Kebenaran itu memang pahit untuk ditelan, terutama oleh kaum kafir, musyrik dan munafik. Berdoalah supaya kita semua tidak termasuk golongan menentang kebenaran ini!

Yang teman pelik, dema nak marah pasal apa yop? Sedangkan itulah kenyataannya, itulah hakikatnya, itulah faktanya.

Didalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002, iaitu Enakmen No. 4 Tahun 2002 bertarikh 02.09.2002, tercatat jelas di Seksyen 14:

"Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan diantara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau diantara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan diluar tabii iaitu melalui dubur".

Sudah terang bersuluh pula. Cukup jelas daripada peruntukkan ini bahawa "bermain" melalui dubur isteri sendiri TIDAK termasuk sebagai kesalahan HUDUD didalam Enakmen Hudud & Qisas PAS!!Persoalannya ialah, mengapa bermain "dubur" isteri tidak termasuk kesalahan hudud PAS?

Baca selanjutnya di SINI..


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata : YB Zul ni dulu orang PAS kan?..kalau 'islamik profesional' dalam PAS pun dah tak yakin..nampak sangatlah PAS dah songsang..

1 ulasan:

  1. hudud pas adalah HALAL! jgn main2 la. jika kamu pertikaikan, kamu akan masuk neraka pas. kalau kamu akur, kamu masuk syurga pas jaminan tuan guru...jgn tak tau!!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk