24/10/2011

Akan Ada Demonstrasi Oleh DAP Nanti?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t




Keris telah m
endapat berita daripada seorang rakan bahawa dalam masa yang terdekat ini akan diadakan satu demonstrasi menentang Kedai Rakyat 1Malaysia oleh puak-puak DAP serta kuda-kuda mereka iaitu orang PAS dan PKR. Sepatutnya ia berlangsung pada 21 harubulan Oktober yang lepas, namun ia dibatalkan kerana kuda-kudanya perlu berhimpun untuk Prof Longkang Aziz Bari di Masjid UIAM.

Mereka mengatakan barang-barang di Kedai Rakyat 1Malaysia adalah barang yang tidak berkualiti serta tidak patut dibeli oleh pengguna. Sedangkan umum tahu malahan Keris juga pernah membeli barangan di kedai tersebut, ia barangan berkualiti dan murah.

Kedai Rakyat 1Malaysia ini dibuka untuk meringan beban masyarakat kelas pertengahan di bandar dan masyarakat luar bandar. Kenapa puak-puak DAP begitu dengki kepada Kedai Rakyat 1Malaysia?. Kita kaji semula barangan yang dijual, jelas kedai-kedai runcit yang mendapat bekalan daripada pemborong dan orang tengah penyokong DAP harganya mahal berbanding harga di KR1M. Malahan ada sesetengah barang tidak mempunyai tanda HALAL JAKIM atau ia ditanda dengan HALAL JAKIM PALSU. Berlainan dengan KR1M, mereka membekalkan barangan 100% Halal dan dijamin oleh Perdana Menteri kita sendiri.

Keris faham puak-puak DAP yang selama ini menindas rakyat Malaysia secara senyap melalui ekonomi mula merasa bimbang kerana setelah sekian lama mereka memberi tekanan kepada 
pengusaha-pengusaha atau pembekal-pembekal Bumiputera dengan pelbagai taktik. Namun setelah Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan, mereka pula berasa tertekan untuk menurunkan harga barang. 



Ada maklumat mengatakan :

Kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia sebenarnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada sumbangan kepada DAP terjejas. Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga yang dipaksa oleh para pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional, menyebabkan kehadiran Kedai Rakyat 1Malaysia mendapat tentangan hebat daripada golongan berkenaan.

Seperti yang sedia maklum, golongan pemborong, orang tengah dan pengedar majoritinya merupakan penyokong serta penyumbang dana kepada DAP. Pun begitu, dalam hal ini, DAP tidak akan memperlihatkan tentangan mereka secara berterus-terang. DAP yang gemar bermain, baling batu sembunyi tangan telah menggunakan Anwar Ibrahim untuk memperkatakan tentang Kedai Rakyat 1Malaysia yang dikatakan menjejaskan golongan peruncit Bumiputera, walaupun pada masa yang sama, terdapat satu lagi skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu memperbesarkan serta menambahbaikkan kedai-kedai runcit di seluruh negara agar mengurangkan penggunaan pemborong, orang tengah dan pengedar tradisional.


DAP sedar, untuk mendapatkan kembali hak monopoli itu, mereka perlu menggunakan Bumiputera atau Melayu. Dengan menjadikan Kedai Rakyat 1Malaysia sebagai mengancam kedai-kedai runcit Melayu, mereka cuba menggerakkan orang ramai untuk membantah kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan barangan pada harga yang jauh lebih murah daripada yang dipaksa oleh orang tengah dan pemborong DAP.

Jelas bukan siapa punya kerja selama ini kerja siapa barang naik?. Bila barang yang dijual oleh konsesi kerajaan murah, mereka tuduh macam-macam. Tonton juga video mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia di SINI. Keris pelik, kenapa ada lagi Melayu yang sanggup jual bangsa mereka kepada DAP? Nantikan pendedahan seterusnya, masih dalam kajian.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Kedai OldTown siapa punya?..saja nak tahu..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk