11/10/2011

Gempar! 'Tentera Halimunan' Hadiri Seminar DAP !!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada (DAP) Parti Tindakan Demokratik serta memberi jurang kepada impian mereka untuk menembusi kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak ini apabila tidak ada seorang pun yang hadir untuk seminar Majlis Perundingan Dayak (DCC) baru-baru ini.

Tiada kelibat orang lain selain daripada penganjur dan kakitangan restoran yang boleh dilihat di tempat seminar. Keris dapat tahu bahawa Seminar DCC telah dijadualkan bermula pada jam 13:30 dan diadakan di sebuah restoran tempatan di Siburan (Batu 17, Kuching).

Diuar-uarkan seminar tersebut bertujuan untuk 'penyediaan' bergerak dari kawasan bandar dan kawasan luar bandar bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang dan kononnya mereka akan menyediakan perkhidmatan perundingan bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penduduk luar banda
r.

Antara nama besar yang 'terkantoi' pada majlis tersebut antaranya adalah Ketua DAP negeri Wong Ho Leng, Setiausaha Chong Chieng Jen, Edward Andrew Luak dan Pengerusi DCC , Dr John Brian Anthony.


Pada sidang akhbar yang diadakan selepas seminar itu dibatalkan, Wong mengakui bahawa ia akan menjadi satu cabaran besar bagi DAP untuk menembusi kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak bagi menghadapi pilihan raya Parlimen yang akan datang.

Siburan terletak dalam DUN Bengoh, yang kini dipegang oleh Barisan Nasional (BN) di bawah Parti Rakyat Bersatu 
Sarawak , Dr Jerip Susil (SUPP), yang merupakan Menteri Muda Kesihatan Awam.



Mengikut sumber, DAP menyasarkan untuk bertanding di DUN Bengoh, DUN Tarat, Parlimen Mambong, Parlimen Serian selain mereka berminat untuk bertanding di Parlimen Mas Gading.



Ironinya mereka cuba 'merampas' kubu BN dengan 'tentera halimunan' yang hadir di seminar tersebut. Haha! Ini belum cerita lagi mengenai perebutan kerusi PR disana. Dalam mimpi sahajalah untuk menang!

Undilah Barisan Nasional!




Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Itu Baru Bian mana? Bukan dia kena tipu dengan Wong Ho Loeng pasal isu kabinet bayangan Sarawak ke? 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk