05/10/2011

Bajet Angan-Angan PR Dah Dibentangkan Tapi Kabinet Bayangan Bila?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t


KUALA LUMPUR: "Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.

"Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan. - BERNAMA




Keris dah baca dah BajetPR yang mereka 'bentangkan' tadi. Memang banyak yang tidak relevan dan Keris yakin dan pasti mereka tidak mampu laksanakan sebagaimana janji-janji manifesto mereka di Selangor yang masih tidak tertunai. Ternyata BajetPR itu hanya untuk memancing undi dan bukan penuh keikhlasan dalam membantu rakyat melainkan retorik sahaja.


Bajet angan-angan mereka dah bentangkan tapi nak tahu juga kabinet bayangan mereka. Kalau berani keluarkan kabinet bayangan, ataupun PR takut ramai yang 'blah' kalau tidak tersenarai? Maklumlah kedudukan TPM pun dengarnya dijanjikan kepada ramai orang. Jadi kami mahu tahu juga apa kabinet bayangan PR.


MANA

 KABINET 

BAYANGAN

?! 



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris tahu dah mereka ni pandai cakap je..buat memang tak kan punyalah!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk