09/10/2011

Gegak Gempita Laungan 1Malaysia Di PWTC!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t

Dipetik daripada UMNO-Online


KUALA LUMPUR, 9 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.

Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

“Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN.”

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penerangan Perdana Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.

“Ini bukan saja akan jejaskan peluang calon kita untuk menang sama ada secara halus iaitu dengan tidak membuat sebarang kerja atau memberikan sokongan kepada calon BN seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya kecil lalu apabila rumah Setiausaha Bahagian sendiri tapi pukul 10.00 malam dah tutup lampu.”


Ujarnya, insiden lain yang lebih teruk lagi juga pernah berlaku sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila ada calon yang sudah tiga penggal tetapi terpaksa digugurkan kerana tak termasuk dalam ‘winable candidate’ yang terus keluar kawasan dan enggan membantu BN.

“BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu,” katanya.

Tegas beliau, setiap anggota parti bertanggungjawab menjaga rakyat dan bukannya mengambil kepentingan penyokong tegar semata-mata kerana ia bersifat peribadi dan bukan untuk parti.

“Kita ada kekuatan dan kita ada kelemahan; kekalkan kekuatan kita dan perbetulkanlah kelamahan. Tunjukkan pada mereka bahawa kita boleh menang tanpa bersikap angkuh. Bekerjalah tujuh hari seminggu untuk parti dan pastikan bahawa BN akan kekal di Putrajaya.” - MediaUMNO


Kebetulan juga Keris turut menghadiri majlis tersebut, terasa berbaloi dan berbangga apabila dapat bersalaman dengan pemimpin No 1 Malaysia serta berhadapan dengan PM secara 'face to face'.

Keris juga mengambil kesempatan ini ingin berterima kasih kepada D
ato' Raja Nong Chik bin Datuk Raja Zainal Abidin yang menyebut mengenai pejuang-pejuang maya serta bakti Keris dan rakan-rakan di ruang siber. Juga tadi Keris agak bersemangat mendengar ucapan Datuk Ahmad Maslan serta ucapan penuh tersirat oleh YAB Perdana Menteri. Memetik sedikit ucapan beliau :

“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winnable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winnable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.

Pada pandangan Keris yang kerdil ini, 'winnable candidate' ini harus dipilih mengikut tiga kriteria iaitu penilaian serta pandangan akar umbi dan bukannya dengar melalui laporan oleh pegawai khas mereka. Keduanya kepada sesiapa yang kalah maka tidak perlu lagi bertanding dan yang terakhir kepada mereka yang sudah terlalu lama 'memanaskan kerusi' sudah boleh membuka laluan kepada 'muka baru' untuk bertanding.

Tolak PAS, Tolak DAP & PKR
Tolak PR.
  Undilah Barisan Nasional!

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: PM memang terbaik!.. Semangat Barisan Nasional terserlah tadi..PR goyang lah kalau tengok tadi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk