27/01/2016

Tabung Haji - Datuk Azeez Jawab Dan Beri Penjelasan!



Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamaed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH adalah imbuhan bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya Abdul Azeez berkata, siapapun yang dilantik TH sebagai ahli lembaga pengarah pasti akan ada ‘modal’ lain yang digunakan pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini juga mengundang pelbagai fitnah.

“Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.

“Orang di luar sana akan tetap mengata saya, sebagai contoh jika saya lantik peguam lain seperti Tan Sri Shafee Abdullah nanti orang akan cakap sebab kulit sama (kroni). Niat saya ikhlas untuk menjaga pencarum dan jemaah kita dengan meletakkan pengamal undang-undang dalam TH,” kata Abdul Azeez kepada BNBBC.my.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, pelantikan Apandi tiada sebarang ‘conflict of interest’ memandangkan pemegang jawatan itu hanya akan menerima elaun kehadiran tanpa sebarang gaji.

“Beliau adalah sebagai ahli lembaga pengarah sahaja dan lantikan pula bulan lalu, kalau saya lantik bulan depan, lagi orang akan melihat ia sebagai ‘rewards’ kepada beliau. Selagi saya ni UMNO dan Barisan Nasional fitnah akan berterusan saya harap Allah beri hidayah kepada mereka,” katanya.

Untuk rekod pelantikan Apandi berkuatkuasa 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pencarum TH tidak terlalu bimbang dengar khabar angin apabila TH dikatakan kekurangan dana.

“Dividen akan diumumkan sebelum Tahun Baru Cina. TH tidak menghadapi masalah tekanan kewangan, rugi, duit hilang dan sebagainya, semuanya ini fitnah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kebocoran surat peringatan daripada Bank Negara kepada beliau, Abdul Azeez berkata perkara itu akan dilaporkan kepada pihak polis dalam masa terdekat.

“Saya yakin GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) yang lain juga ada terima surat berkenaan dan saya pun sudah balas kepada (Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara). Hari ini saya sudah drafkan laporan polis meminta disiasat bagaimana mereka boleh menerima surat yang disifatkan sebagai sulit,”

“Saya juga sudah ada Peguam Negara di TH jadi saya akan minta nasihat daripada beliau,” kata Abdul Azeez secara berseloroh.

K7L : Macam-macam cara orang nak jatuhkan sekarang ini...

1 ulasan:

  1. ASS..WR.WB.SAYA IBU YANI TKW HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH WASTUH,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH WASTUH,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: ((( 0853 7778 4848 ))) MBAH WASTUH JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH WASTUH SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
    • لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن محمدرسوالله

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk