13/01/2016

Isu Lucah Dan Pecat Tak Ikut Prosedur - Bekas Exco AMK Dedah Sifat Sebenar AMK?



Di bawah adalah kenyataan Halimah Nasoha, bekas Exco AMK yang dipecat dan diperli oleh AMK dengan kenyataan lucah dalam whatsapp Pemuda PKR.


Kenyataan Media
11 Januari 2016

1. Merujuk kenyataan media saya pada 7 Januari 2016 yang menggesa parti termasuk presiden untuk campur tangan dalam pertembungan Chegubard – Azmin yang dilihat mampu memberi kesan pada tapak sokongan parti. Azmin dituduh chegubard menipu di media . Menipu di media bukan kes SPRM, maka dalam kenyataan media yang sama juga saya mencabar Azmin membersihkan nama dengan menyeret Chegubard ke mahkamah.

2. Namun kenyataan saya telah menyebabkan ramai kurang senang, mereka mengalihkan isu kepada rekod kehadiran saya. Tiba – tiba saya dipecat melalui kenyataan media, status fb dan twetter oleh Afif, Timbalan Ketua AMK.

Alasannya kerana dia mengatakan saya dipecat kerana tiga kali tidak hadir mesyuarat sedangkan menurut undang – undang boleh dikenakan tindakan disiplin selepas 6 kali tidak datang mesyuarat.

3. Pemecatan saya dibuat tergesa gesa hanya kerana kenyataan saya. Itu saya amat yakin. Pemecatan saya selaku EXCO kalaupun kerana rekod kehadiran ia harus melalui proses yang betul bukan melalui sidang media oleh Timbalan. Persoalanya, di mana Ketua AMK ?

4. Umum mungkin terkejut dengan penyebaran print screen perbualan dari aplikasi whats app kumpulan AMK mengenai saya, tetapi saya tidak. Kerana inilah bentuk pemikiran mereka yang saya kenali menyebabkan saya menjarakkan diri. Yang didedahkan di media Cuma sedikit ada ada yang tidak terdedah lagi sebenarnya. Perkara ini sangat memalukan, mengaibkan dan menjatuhkan maruah wanita. Adakah ini pemimpin muda parti progresif ?

Perangai mereka lebih biadap dan jijik dari pemuda Umno.

5. Dalam kenyataan kepada media saya sangat lucu apabila mereka memusing fakta kononya nasihat berdasarkan agama. Jelas apabila sudah tersepit, alasan agama diperdagangkan. Malah tanpa berselindung timbalan Ketua AMK selangor di media menyatakan dia tak tahu siapa yang dedah print screen itu kerana banyak “kem” dalam AMK. Dengan kenyataan tersebut, dia sendiri telah mengesahkan bahawa AMK berpecah dan bergaduh sama sendiri. Lihat sahaja situasi sekarang. Di mana Ketua AMK? kenapa kenyataan dan keputusan semuanya dibuat Timbalan AMK pusat? Malah di negeri negeri termasuk Selangor, dimana pergi Ketua AMK Selangor? Kenapa keputusan dan kenyataan semua dilihat dibuat oleh para timbalan ? Adakah dalam parti ini, para Timbalan yang menguasai ?

6. Untuk pengetahuan umum, itulah antara sebab mengapa saya menjarakkan diri dari amk pusat kerana sikap bergaduh sesama sendiri dan mengampu yang sangat menebal. Saya tidak perlu komen banyak tetapi ia hakikat yang sudah pun menjadi rahsia terbuka dalam parti.

7. Kemudian, kononya ada amk yang menulis permohonan maaf dalam laman sosialnya. Soal saya, kamu malukan dan hina Halimah Nasoha, maka kamu wajib meminta maaf dengan Halimah Nasoha. Dan jika diteliti, dari print screen itu lebih teruk lagi salah seorang pimpinan amk menfitnah saya dengan menyatakan pendirian itu bukan pendirian rasmi amk tp hanya pendirian seorang kekasih gelap yang pertahankan kekasihnya dan tuduhan ini dibaca oleh ramai orang. Kamu parti yang melawan fitnah dan seumpamanya tetapi apabila gagal menjawab tuduhan, demi mengampu dan menjilat kamu sanggup hambur fitnah.

8. Perkembangan memalukan ini jelas menjejaskan imej parti. Berlaku biadap dan seksis, menyebut perkataan lucah, melakukan penghinaan terhadap wanita dan memfitnah menjadi mainan pimpinan AMK pusat ini harus diambil tindakan oleh parti. Presiden harus menyatakan sikap.

9. Atas semua perkara ini saya mengulang penegasan kenyataan saya 7 januari lepas di mana pendedahan chegubard dan pertembungan dia dan azmin perlu dihentikan dengan campur tangan serius pimpinan utama parti atau jika Azmin berani dan benar sila seret chegubard ke mahkamah.

Halimah Nasoha

Bekas EXCO Angkatan Muda KeAdilan yang di pecat melalui kenyataan Media. Sungguh memalukan. Tapi Halimah Nasoha terlalu lama duduk dengan AMK sampai jadi bodoh bila kaitkan AMK yang setahun jagung dengan Pemuda UMNO.

Inilah perangai buruk Pembangkang yang perlu dinilai dan patut ditolak oleh rakyat. Apa sumbangan mereka kepada rakyat selama ini selain daripada menabur fitnah dan sekarang bersikap biadap, seksis dan bercakap lucah?

K7L : Pemuda UMNO tak kacau parti lain.. Suruh Nik Nazmi sunat sekali lagi lah!..

1 ulasan:

  1. Apakah anda baru sedar perbezaab Pemuda UMNO dengan AMK? Inilah apabila tersilap masuk wadah. Perjuangan ada tapi wadah perjuangan tak betul.
    Bukan saja AMK, bahkan emak bapak AMK itu sendiri banyak yang tak betul.
    Suruh mereka berpatah balik, tukar haluan , cari jalan yang betul dan lurus. Kalau masih dudiuk di takuk lama , tunggu PRU 14, Anda akan masuk lubuk. Kesal dahulu pendapatan, kesal kemudian apah tak guna.

    By: Cikgupencen sukusakat cikgubad

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk