Beliau berkata pasukan itu, yang dianggotai wakil Pejabat Peguam Negara dan Polis DiRaja Malaysia, akan meneliti dan menyediakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah itu yang semakin membimbangkang kerajaan.
Ada sesetengah pengguna media sosial ini menyalahgunakannya dengan menyebarkan kebencian dan ekstremisme agama yang boleh menjejaskan kestabilan negara dan ini amat merisaukan kita.
Sebab itu Keris merasakan adalah sangat diperlukan pasukan sebegini. Hari ini orang ramai lebih suka menyebarkan berbanding mematikan mesej yang mereka sendiri tidak tahu kebenarannya.
Teringat ketika banjir teruk di Kelantan, media sosial dijadikan 'eksperimen' menyampaikan berita-berita palsu. Hebatnya ada yang boleh garap ayat-ayat yang menyentuh hati pembaca sehingga mereka kongsi tanpa tahu itu adalah palsu.
K7L : Special Task Force boleh panggil blogger join.. hehe..
0 ulasan:
Post a Comment