21/01/2016

Fakta GST Siri 3 - Harga Buah Juga Turun?


Buah-buahan import sebelum GST ada SST 5%, bila GST 0% cukai. Adakah pada 1/4/15 harganya turun? Jika tidak turun, mengapa saya yang dijadikan mangsa dalam media sosial tapi dibiarkan pula peniaga yang tidak beretika itu? 

Tidak dinafi memang ada ramai peniaga yang tetap beretika dan ramai juga yang tidak mengambil kesempatan, tidak menahan lukah di pergentingan, tidak menangguk di air yang keruh.

Dalam sistem GST, peniaga boleh membuat tuntutan balik 6% terhadap input perniagaan. Contohnya kilang perabot, ada 6% pada kayu, 6% pada bil letrik kilang, 6% pada besi perabot, semua boleh dituntut balik dari Kastam, disebut sebagai input tax credit, ITC. 


Maka GST bukanlah suatu kos kepada produk yang dihasilkan, tidak seperti SST yang merupakan kos sebab tidak boleh dituntut semula; yang kemudiannya kos itu dipindahkan kepada pengguna.

Tuntutan cukai input GST ini membolehkan Kastam dan LHDN mengetahui anggaran output peniaga tersebut yang memberi kesan positif boleh mengurangkan penipuan cukai perniagaan. Tuntutan itu juga mengurangkan kos niaga sekitar 6% yang sepatutnya boleh menurunkan harga barang.

Tetapi bila harga barang tidak turun walaupun peniaga sekarang ini sudah menerima bayaran cukai input dari Kastam, kenapa saya pula yang masih disalahkan oleh media sosial?

Kenapa tidak ingatkan peniaga yang kurang beretika itu? Bila minyak naik, harga barang naik tapi bila minyak turun, kenapa harga barang tidak turun? Sekali lagi puncanya berbalik kepada etika peniaga. 

Dalam ilmu perniagaan yang diajar secara formal di menara gading, subjek etika perniagaan adalah antara topik yang selalunya mesti diambil. 

K7L : Siapa yang tipu? 

1 ulasan:

  1. Kenapa salahkan perniaga sahaja? Mana perginya penguatkuasa??

    Oh ya! Jawapannya kita tak cukup kaki tangan... penguatkuasa cuma ada 2000 orang aje. Pooorah! Ada 2000 orang utk tangkap satu peniaga setiap bulan tak boleh ke? Sekurang2nya dari April sampai Jan... dah 10 bulan =10 peniaga yang tidak beretika..Berapa banyak peniaga dah kena tangkap?

    Mmmmm jawapan politik!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk