11/01/2016

Pakatan Harapan Putuskan Tolak Hudud! - Orang PAS Mengamuk?



Betul cakap DS Tengku Adnan. BN ada pendirian. Contoh di Kelantan, bila mereka kata sokong mereka sokong sampai hari ini dan tidak berubah. Rakyat Malaysia yang selam aini salahkan BN kononnya tolak hudud, ada nak marah Pakatan Harapan tak?


Tiada lagi isu hudud dalam Pakatan Harapan yang dipegang secara ‘agree to disagree’ (setuju untuk tidak bersetuju) dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Konsep ‘agree to disagree’ merujuk kepada satu keadaan di mana pihak bertelagah bersetuju untuk menghormati perbezaan pendirian masing-masing dalam sesuatu prinsip, demi untuk bergabung atas sesuatu matlamat, sekalipun ia tidak akan menyelesaikan pertikaian yang berpunca daripada perbezaan tersebut.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ketika membacakan kandungan perjanjian Pakatan Harapan berkata prinsip ‘agree to disagree’bukan lagi menjadi asas kepada gabungan pembangkang baharu Pakatan Harapan, sebaliknya ketiga-tiga parti perlu berpegang teguh kepada konsensus yang dipersetujui secara bersama.


“Fasal pertama, segala keputusan bersama mestilah berasaskan prinsip konsensus iaitu setiap parti di dalam Pakatan Harapan perlulah bersetuju sebulat suara dengan keputusan itu.

“Agree to disagree (setuju untuk tidak bersetuju) bukan lagi prinsip Pakatan Harapan,” kata Rafizi semasa Persidangan Pertama yang diadakan di Shah Alam, Selangor pagi ini.

Rafizi berkata keputusan konsensus itu akan mengikat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam Pakatan Harapan.

“Jika keputusan bersama secara konsensus sudah dicap
ai, keputusan itu dikira mengikat ketiga-tiga parti,” katanya.

Konsep ‘agree to disagree’ diperkenalkan PR pada 8 Februari 2015 berkaitan dengan isu hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.

Ia sebagai rentetan daripada Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 yang berbunyi ;

“Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.”
Walaupun menghormati prinsip itu, namun pendirian DAP dalam isu hudud amat konsisteniaitu DAP tidak akan menyokong pelaksanaan hukum hudud di mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak sesuai dalam konteks kepelbagaian kaum dan agama masyarakat majmuk di Malaysia.

 

 

K7L : PAS Selangor perlu desak Azmin laksanakan Hudud!..

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk