14/01/2016

DAP Beri Ancaman Pada PAS - Pastikan DAP Kalah PRU14?



“Salah satu kerusi DUN yang disasar DAP adalah Cempaka di Parlimen Pandan yang diwakili Dato Iskandar sendiri.

“Menurut sumber DAP bakal meletakkan “juara lompat” Dr Aziz Bari yang sebelum ni PKR sekarang DAP untuk menetang Islandar.

“PAS Selangor akan mempertahankan habis-habisan kerusi miliknya dan bakal mengasak kubu-kubu DAP untuk dipacak panji-panji bulan simbol kegemilangan perjuangan Islam,” dedah Roslan Shahir Mohd Shahir, AJK Lajnah Penerangan PAS Pusat dalam Facebook.

Roslan Shahir yang lebih dikenali Roslan SMS turut mendedahkan Iskandar dalam ucapan sempena Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada Ahad telah mengumumkan DAP sebagai musuh politik di negeri itu.

“PAS dan DAP bukanlah musuh tradisi kerana pada adat kita tidak bertanding sesama sendiri. Lalu walau masing-masing telah putus hubungan kita tetap memegang amanah rakyat mentadbir kerajaan Selangor hingga habis penggal.

“Tetapi di Kuala Selangor semalam Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Iskandar Abd Samad mengisytiharkan yang DAP telah menjadi ancaman buat PAS Selangor! Kenapa?

“Kerana DAP telah mengumumkan yang ia akan bertanding dalam PRU akan datang di lapan kerusi DUN milik PAS.

“Ini bermakna DAP memilih untuk bertembung dengan PAS. Dan PAS semalam bukan sekadar mengisytiharkan DAP di Selangor sebagai ancaman malah turut isytiharkan yang ia akan bertanding di lima kerusi tambahan selain 20 kerusi tradisionalnya,” dedahnya.

Dedahnya lagi, salah satu DUN daripada lima DUN tambahan PAS Selangor bakal meletakkan calon adalah DUN Sekinchan yang sekarang ini dimiliki ADUN DAP, YB Ng Sue Lim.




“Saya menjangka kesemua 5 kerusi itu adalah milik DAP dan salah satunya saya jangka adalah DUN Sekinchan yang duduk dalam kawasan Melayu Parlimen Sg Besar.

“Saya tidak pasti tapi kalau tak silap PAS di Selangor sejak 25 tahun lalu tidak melawan DAP. Kali ini bukan PAS bernafsu sangat akan tetapi DAP yang lancarkan ” perang”

Iskandar pada Ahad mengumumkan PAS Selangor bercadang bertanding di 25 kerusi DUN negeri pada PRU14 berbanding 20 pada PRU lepas.

Pada PRU13, PAS memenangi 15 kerusi DUN sebelum dua wakil rakyatnya keluar parti untuk menyertai Parti Amanah menjadikan komposisi kerusi PAS kini 13 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Selangor.

Apakah kita akan lihat taring sebenar Naib Presiden PAS ini?


K7L : Iskandar Samad pun bukan Anak Ayam bro..

2 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete
  2. PAS mau DAP kalah.... PAS siapa... Dulu PAS menang dengan pertolongan DAP, sekarang PRU14 PAS bungkuslah..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk