21/01/2016

Fakta GST Siri 1 - Harga Barang Turun Sebab GST?



Tidak dinafikan keyakinan Datuk Ahmad Maslan ketika mengatakan Harga Barang Akan Turun Kerana GST ada benarnya. Kena tengok perkara ini secara kolektif dan lebih teliti. Bukan menyalahkan individu.

Sehingga 31 Mac 2015, SST, Sales & Services Tax, Cukai Jualan & Perkhidmatan, telah pun dilaksanakan sejak 1972 lagi. Kadar SST dahulu ialah 5% atau 6% atau 10% atau kadar tertentu bergantung kepada jenis produk dan perkhidmatan.

Contoh barangan SST 10% ialah produk bukan makanan seperti semua jenis pakaian lelaki, perempuan, bayi; semua perabot rumah dan pejabat, peralatan elektrik, pinggan mangkuk, alat membersih diri, periuk belanga, carpet, kayu, kereta, cat, zink, handphone; dan ratusan (ya ratusan) barang keperluan harian yang lain.

Kastam mengenakan SST 10% kepada kilang & barangan import. Kemudian pengilang/pengeluar jual kepada pemborong, pemborong pula jual kepada pekedai yang jual akhirnya kepada pengguna, kita semua. 10% SST itu dianggap sebagai kos yang kemudian dipindah 3 tingkat (kilang ke pemborong ke pekedai ke pengguna). 10% itu menjadi 15-18% bila sampai kpd pengguna akhir. Situasi ini dipanggil sebagai cukai atas cukai.

Pada 1/4/15, GST, Goods & Services Tax, Cukai Barang & Perkhidmatan menggantikan SST 10% yang telah dimansuhkan pada 31/3/15. Kastam juga telah membuat pengumuman yang peniaga boleh membuat tuntutan terhadap SST 10% yang telah dikutip oleh Kastam tapi masih berbaki dlm stok lama mereka, tuntutan untuk suatu tempoh masa yang tertentu.

Maka barangan yang sebelum itu dikenakan 10% SST tentunya boleh diturunkan harga bila cukai baru GST adalah lebih rendah. Buang SST 10%, masuk GST 6% maka harga barang sepatutnya turun. Bukannya kekalkan 10% dicampur 6% maka harga naik seperti yang sudah berlaku, dibuat oleh sebahagian peniaga yang kurang beretika.

K7L : Kena ambil masa untuk baca dan faham.. tapi kalau baca untuk tidak faham memang tak dapat apa..

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk