Maka harga kereta pun turun beberapa peratusan. Benarlah apa yang saya sebut GST boleh turunkan harga barang. Ini juga adalah contoh peniaga yang beretika pada 1/4/15. Tapi adakah ratusan barang yang lain selain kereta yang SSTnya 10% itu turun harga?
Penguatkuasaan juga tentunya wajar ditingkatkan dalam isu harga barang yang meningkat. Rakyat juga boleh terus membuat laporan khasnya kepada KPDNKK & Kastam.
Mereka yang bersalah wajar segera dihukum dan masukkan dalam pelbagai media untuk dijadikan pengajaran kepada peniaga yang lain. Pengguna juga boleh melaksanakan 3M, melapor, memilih atau memboikot.
Sekarang ini pengguna sendiri yang kena hukum peniaga-peniaga tidak beretika. Itulah caranya harga barang untuk turun sepenuhnya. Kita jadi mata dan telinga untuk pihak penguasa.
K7L : Jangan ragu-ragu untuk buat laporan..
Bukan peniaga tak beretika je pengguna kena 3M. Pemimpin tak beretika pun dikenakan 3M juga.
ReplyDelete