05/04/2016

Cuba Alih Isu Rasuah Rumah Banglo Gagal?


 

Sangat menghairankan apabila secara tiba-tiba Lim Guan Eng cukup mengambil berat untuk membawa wartawan melawat tanah bekas PERDA dan cukup rajin untuk menyemak dan mempertikaikan bahawa kos pemulihan tanah PERDA yang mendap adalah RM5 juta dan bukan RM10 juta seperti yang didakwa oleh PERDA. 

Kesimpulannya, Lim Guan Eng yang merupakan seorang akauntan bukanlah seorang ejen hartanah atau penilai harta tetapi sebaliknya merupakan seorang pakar pemulihan tanah. Pelik pula dia ini. Harga rumah dia tak tahu.

Harga tanah yang kali pertama dia jejak, hanya dengan merasai tanah dan menghirup udara yang ada terus dapat ilham RM5 juta kos pemulihan tanah tersebut bukanlah RM10 juta.

Namun cubaan untuk mengalih isu ini tetap gagal. Rakyat masih belum berpuashati dengan jawapan dan alasan bagi skandal rasuah tersebut. Nampak sangat dia terdesak dan terburu-buru untuk membuat tuduhan.

Kini rakyat bukan lagi bodoh untuk diperbodohkan Guan Eng dan konco-konconya. Mereka lebih tahu mana satu kaca dan mana satu berlian. 

K7L : Melalut bila tertekan..Selain CM dia juga adalah bomoh tanah?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk