12/04/2016

Tangkap Warga Asing Pandu Kenderaan Tanpa Lesen!



Polis digesa menangkap pendatang asing yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal di negara ini tanpa lesen memandu sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata warganegara asing seperti Bangladesh dan Pakistan antara yang paling ramai dikesan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

"Saya kecewa dengan situasi kerana boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.

"Pasport yang digunakan mereka pula adalah bertujuan untuk pelancongan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup olahraga peringkat kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, hari Ahad.

Shahidan berkata kebanyakan warga asing berkenaan dikenal pasti menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk menjual aiskrim dan karpet.

Justeru katanya, penangkapan warga asing yang tidak mempunyai lesen dilihat mampu menangkis persepsi masyarakat yang kononnya warga asing bebas menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi warganegara sendiri (pelajar sekolah) ditangkap
. - Bernama
Betul! Sepatutnya mereka ini perlu mengikut undang-undang. Jangan beri sewenang-wenngnya kemudahan. Lagipun dengan tiada lesen pun merbahaya juga kalau jadi apa-apa. 

Tak baik untuk rakyat kita termasuk diri mereka. Kalau patah riuk nanti nak jadi apa. Apapun tindakan undang-undang mesti diikuti. Baik rakyat Malaysia mahupun warga asing.

K7L : Banyak hal..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk