04/04/2016

ADUN Usul Jawatan Ketua Menteri Dua Penggal Ditolak?



Nampaknya DAP Pulau Pinang seolah-olah merancang untuk menyingkirkan terus Guan Eng daripada bumi Pulau Pinang dan pulang semula ke Melaka daripada terus menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Wakil rakyat DAP telah menyerahkan surat usul bagi pindaan Perlembagaan Undang-undang negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada dua penggal sahaja pada 31hb Mac 2016 yang lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bungah Teh Yee Cheu berkata usul itu diserah kepada pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diteliti dan dikaji oleh Jawatankuasa Perlembagaan sebelum dibentangkan dalam persidangan DUN akan datang.

Sebelum ini, pada persidangan DUN 10 Nov 2014, Teh mencadangkan penggiliran jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan mengehadkan jawatan itu kepada dua penggal sahaja bagi memberi peluang kepada pemimpin lain yang berkebolehan memegang jawatan itu.

Namun, usul itu ditolak selepas mendapat pelbagai reaksi daripada wakil rakyat. Kini Guan Eng dilhat sebagai ancaman kepada DAP Pulau Pinang, maka ramailah menyusun langkah untuk menyingkirkannya.


K7L : Apa dia ingat dia anak Kit Siang orang takut nak lawan? 

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk