01/04/2016

Apa Kata Akhbar Cina Pasal Pembelian Banglo Jalan Pinhorn?


 

Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

“Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

“Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

“Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

“Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.

“Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya.


Habislah Lim Guan Eng. Benteng terakhirnya ialah akhbar cina, kini semua sudah berasa marah dengan skandal rasuah tersebut. Dinasihatkan bercutilah. Jadi seperti Dr Khir Toyo. Gentleman letak jawatan dan biar dirinya disiasat.

K7L : Ini masalah orang yang tak mahu berganjak daripada kerus empuk Ketua Menteri..

2 ulasan:

  1. baru hangpa bangsa cinapek pencacai DAPig tau duit mana boleh percaya maa.. asyik sakat UMNO saja mcm lah DAPig tu 'angles' yang takkan sentuh duit rasuah.

    Mcm pengikut PASngok dulu taksub pada parti PAS.. semua dlm dunia ini takkan sesuci PAS.. nah skrg lebih hina dar najis.. dek kerana kebodohan dan nafsu menguasa diri.

    DAPig.. ini kali mesti kenalah.. tokong Lim Sial.. kasi halau balik Melaka la.. habis botak bukit bukai di Penang.. apapasai Cina2pek Penang duduk diam? bodoh makan nasi bubur tapak kaki Lim tokong kaa..??

    ReplyDelete
  2. nasib baik pas tak bersama dap lg. pkr bila lg nk lari dr dap. biar pan saja yg jd tukang kipas dap.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk