04/04/2016

Badan Besar Tapi Guan Eng Takut Pada Musang?


 

Sudah 7 tahun rumah kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang diubahsuai tapi masih tak ok kononnya. Guan Eng Enggan berpindah kesana antara lain kerana takutkan musang?

Pada 3 Julai 2009, Guan Eng berpindah dari Seri Teratai ke sebuah banglo mewah di Jalan Pinhorn atas alasan mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Pemindahan itu dilakukan dengan dengan alasan memberi laluan kepada pembaikan besar dan rawatan anai-anai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Sebelum ini, sebuah akhbar mendakwa kediaman baru itu hanya sebuah banglo biasa namun selepas proses pengubahsuaian, ia menjadi kediaman mewah.

Bagaimanapun, Guan Eng menafikannya dengan mendakwa kos pembaikan dan pengubahsuaian rumah sewa itu ditanggung oleh pemiliknya.

Memandangkan pemiliknya ingin menduduki rumah itu suatu masa nanti, Guan Eng bersetuju tidak mendedahkan butiran lanjut ini kerana ia melibatkan hak peribadi pemiliknya.

Mempertahankan tindakannya, Guan Eng berkata beliau tidak membelanjakan wang awam sebaliknya hanya menggunakan elaun perumahan yang diperuntukkan kepadanya mengikut undang-undang, seperti pernah dinikmati Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebelum itu.

Tapi aneh bukan? Kata menyewa kemudian beli pula. Dengan harga yang bukan harga pasaran itu juga menimbulkan tanda tanya. Siapakah musang dalam cerita Guan Eng? Dia sendiri atau musang di rumah kediaman rasmi Ketua Menteri?

K7L : Musang pakai spek?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk